Monday, 2 December 2013

Gerai kak long & abang long(bukan abang long fadil) Port Klang

Dulu waktu  ofis  aku  dekat  area South Port  ,masa lunch  hour  rajin  juga  aku dengan rakan ofis    makan dekat   gerai kak long  yang berhampiran dengan stesen bas Pelabuhan Kelang .Tapi sejak ofis  pindah ke Westport  pada tahun 2007  aku dah jarang makan dekat gerai tu . Agak jauh dari ofis  tapi kalau sesekali teringin menjamu  menu western food atau menu ala carte kat  gerai kak long aku suruh yuyi bawak  . Yuyi okey,  memana je  asalkan  kerang rebus atau kerang bakar feveret dia  ado.
Budak tengah lapar, dari JJ  dah merengek nak makan nasi.
Demi menjaga kesihatan dalaman  kita digalakkan minum air kosong.haktuiii
Sedap sangat otak-otak ni. Entah berapa ketul otak-otak yang kitaorang bedal malam tu pun kitaorang tak tahu.
kalau nak jadi model otak-otak kena posing macam tu ke?
kerang ! kerang ! kerang ! dah sampai masanya yuyi kena kurangkan makan kerang.
Nasi ayam gerai kak long terbaek
Abaikan ,Yuyi memang  makan nasi ayam guna tangan. Kalau boleh steak pun yuyi nak makan guna tangan  : )
Feveret aku  makan nasi dengan sup atau tomyam.

Budak jaga badan makan kuey teow goreng kerang , yelah tu








Tarikh : 30 Nov 2013, Sabtu
Lokasi : Gerai kak long & abang long
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang