Ikan talang goreng cili
Bahan sos, dari kiri ; kicap cair, Kicap pekat keramel ,sos tiram dan sos cili Life
Isi ikan talang yang telah digaul dengan kicap cair dan dalam bancuhan sebiji telur
Celupkan isi ikan di dalam tepung jagung satu persatu sebelum digoreng dalam minyak panas
Pastikan bahan tumis benar-benar layu dan naik bau
1) isi ikan talang yang telah diasingkan daripada tulangnya dibasuh dahulu sebelum dipotong(anggaran 25-30 ketul isi ikan talang)3)Gaulkan isi ikan dengan kicap cair kemudian di dalam bancuhan sebiji telur .Isi ikan tadi digaul dengan Sebelum digoreng dalam minyak panas satu persatu..
4)3 sudu besar kicap pekat
5)4 sudu besar sos cili Life
6)3 sudu besar sos tiram
7)1 labu bawang Holland [dipotong baji]
8)3cm halia [ dihiris bulat-bulat]
9)5 tangkai cili kering [dipotong 2cm]
10)Sedikit air
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumiskan halia, bawang besar dan cili kering sehingga berbau harum[masa menumis better guna api sederhana]
2) Selepas itu masukkan sos cili dan sos tiram. kacau rata[better guna api kecil]
3)Masukkan kicap pekat , diikuti dengan isi ikan talang yang telah digoreng tadi [gaul secara kaup balik]
4) Masukkan sedikit air(anggaran 100ml) dan kacau sekejap
5)Tutup api dan angkat . Masukkan dalam bekas, kalau suka boleh taburkan daun bawang.
ikan talang goreng cili
Tarikh : 25 December 2013, Rabu
Lokasi : Rumah sendiri
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .