Mata dah ngantuk ni, makcik masuk tidun dulu ye.Makcik sudahi entry ni dengan resepi ikan senangin goreng cili
Bahan-bahan :
1)8 ekor ikan senangin disiang dan dibersehkan
2)6 ulas bawang merah [dihiris dan dikisar kering]
3) 4 tangkai cili merah besar & 7 tangkai cili api merah[dikisar kering]
4)asam jawa sebesar ibu jari[dibancuh dengan 200ml air]
5)1/2 biji bawang holland[dihiris]
6)Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakan :
1)ikan senangin dilumur dengan garam dan kunyit kemudian digoreng garing
2)Panaskan minyak, tumis bawang kisar sehingga naik bau dan agak garing
3)Selepas naik bau, masukkan cili kisar dan terus menumis sehingga pecah minyak
4)Masukkan air asam jawa dan masak hingga agak-agak pekat
5)Parasakan dengan secubit perasa,garam serta gula secukupnya
Abaikan pinggan retak menanti belah itu, sila fokus pada ikan senangin goreng sambal cili merah besar campur cili api makcik peria cum makcik tempe
Bayam goreng bawang putih pilihan sekeluarga ; kalau masak pasti tak cukup sebekas
Tarikh : 1 December 2013, Ahad
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Masak-masak juadah makan tengahari
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
No comments:
Post a Comment