Showing posts with label Restoran Seafood. Show all posts
Showing posts with label Restoran Seafood. Show all posts

Friday, 10 October 2025

Review Khuntai Thai Restaurant – Rasa Asli Thai, Suasana Pun Menarik

8 oct 2025(Rabu)

Daus nak makan menu ala-ala Krabi vibes gitu . Ok lah, jom kita layan makan kat Khuntai. Sebenarnya makcik dah bosan  makan kat sini, tapi takpelah… demi nak merasa jering Kak Rus dengan sambal belacan, makcik on je. Menu-menu kat sini pun ok je, cuma makcik dah selalu sangat makan kat sini  — tu yang rasa bosan kot. tak caya sudah  , nama mu dollah nenen mu sebelah . tengok sini dan sini dan sini  . banyak kali tak terkira sampai malas nak ambik gambar.he he he



Jadilah dik, Krabi vibes

Tetaplah jadi model blog makcik dari umur 3 tahun hehehe


Tomyam putih seafood dia sedap, rasa masam pedas dia memang kena


tolong ambikkan saya sambal belacan


sambal belacan dia padu


Sambal belacan dari jarak dekat. ha ha ha



Nasi dan jering


Makcik minum lemon ais kosong, daus minum air tembikai



muka model kena banyak


choy sam goreng dia sedap jugak


telur dadar bawang



tomyam putih seafood



Daus dan sotong goreng salted egg berpisah tiada


Makan-makan kita diakhiri dengan mixed fruit dan mangga. Sekian review ringkas pasal Khuntai.




Khuntai Klang 

Taman Perindustrian Air Hitam Phase 1 & 2, No. 14, Jalan Permata 1A/KS09, Pusat Perniagaan Bestari, 42000 Klang, Selangor.


Wednesday, 9 September 2020

Restoran subangku kat Subang Airport



Tanda blogger tegar , mesti banyak  entry yg ditaip dlm draft, mcm makcik.ha ha ha.Korang sabar jap, makcik update satu persatu. Makcik mula ngan entry cerita  buka puasa ramadan 2016, mesti  korang nak  sepak makcik  laju laju kan. Sepak lah makcik tak marah. Huk huk huk

2016  budak form 3 , darjah 5, badan masih bambam. Cik yuyi  baru setahun kahwin

Alo alo budak form 3  omei dan bambamnya  .Masa ni nasi menjadi  peneman setia. Budak form 3 dan nasi berpisah tiada


Atas meja ketam sweet sour, roti mantou goreng, lala steamed ginger & garlic,nasi goreng cina,siakap steamed limau,shark fin soup, ayam goreng.

Kalau korang perasan,  di rumah makcik jarang masak seafood  terutama ketam. Tu yg bila makan kat restoran seafood , cik yuyi order  banyak seafood.

Menu makanan kat sini sedap2 terutama seafood,  harga pun berpatutan .  ,one of the best seafood restaurant in town gitew



Restoran Subang ku
Lot 68, Jalan Lapangan Terbang Subang Terminal 3
47200 Subang
Selangor













Monday, 21 September 2015

JJCM di Portuguese Settlement.Melaka bandaraya bersejarah




Percutian bajet  2D1N Primaland PD Resort & Convention centre konon ,sambungan cerita dari SINI. Alang-alang dah ke PD biar sampai ke Melaka . Entahlah. Dalam banyak-banyak negeri dalam Malaysia cik ina suka  sangat pergi  Melaka. Pergi banyak kali pun takpe.

Oklah ,berbalik kepada tajuk entry, jam 7 pm camtu baru kitaorang gerak dari teluk kemang ke Portuguese Settlement.



Malam di Portuguese Settlement, Melaka  


Banyak sangat gerai sampai cik ina lupa gerai yang kami makan. Kalau tak silap gerai yg no 88 tu.
 

 Anak teruna cik ina yang berbaju merah & biru gelap encem kan?
Masih bakal besan pada tarikh ni


Anak-anak cik ina


Antara menu yang kami oder, Kepah masak halia


Sotong goreng tepung, sumpah liat  tapi tetap kunyah  sampai habis. Membazirkan amalan syaiton.


Ketam masak sos


Ayam butter basah

Portuguese Baked Stingray Fish, tetiba menu omputih.hehehe



udang butter basah &  kangkung goreng belacan & kerang bakar(takde dalam gambar) .Minuman, ais kosong, jus kedondong masam mengiler, jus mangga, air sirap & air kelapa
 

Takde niat nak pedajal ke apa. Bukan bakal menantu habiskan  sorang diri semua makanan tu  ,kami pun turut sama makan. Apa-apa pun happening giler malam di Portuguese Settlement, Melaka  .I love Malaysia very much tetiba.

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 24 March 2015

Celebrate besday girl dekat khuntai

Salam Selasa,


Bercinta nak pergi kerja hari ni . Entahlah, dua tiga hari ni  badan cik  senah  terasa sakit -sakit  Sakitnya tuhh  macam baru lepas kena belasah dengan beluti. Walaupun sakit cik senah tetap maintain senyum giteww. Takpe, Allah baru  cuit sikit je. Terima kasih ya Allah dengan rahmat dan pertolonganmu,aku  mampu  ke dapur dan mengupdate blog, syukur Alhamdulillah. Terima kasih buat saudara mara, sahabat handai , rakan  facebook & Instagram yang sudi  wish besday cik senah *tangan di bahu mata ke atas* tudiaa aihhh,,femes cik senah. Pada 15 March 2015  minggu lepas, besday girl diraikan(comel tak besday girl  berbaju frozen?) hehehe  Terima kasih anak-anakku, sudi belanja mak makan dan luangkan masa melayan citer sengal mak.  Memang sedap sangat makanan kat sini, makan hari -hari pun tak pe, katanya si yuyi

Adik oh adik  bila pakai baju kaler oren  amat terserlah kegelapannya......
Gula-gula hacks, nampak badan je
adik lagi....
Khuntai ; Lokasinya  terletak berhampiran Sg.Langat
Cer teka saper  budak  baju oren tu ??
lala masak kam heong
White tomyam , first time  rasa terus jatuh cinta.
stir fried kailan salted fish
Susah nak jumpa kelapa muda isi lembut sekarang ni.Huk huk huk
Ais kosong laku masa tengah cuaca panas macam sekarang ni
Khuntai fried chicken wing kesukaan adik
kerang bbq
stir fried crab salted egg, sedap hingga menjilat jari
Siakap steamed lemon fish, sentiasa menjadi pujaan hati cik senah & family




Khuntai 
Kampung Ayer Hitam
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan
Open daily :  11am to 12am
H/P : 012-5153081
Tel : 03-30813308





















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 9 February 2015

Khunthai Authentic Thai Restaurant ; menunya sedap & harganya pun murah


Salam Isnin,


Satu hari tu , cik senah sembang kosong dengan kawan sementara nak sampai ke rumah. Terlampau seronok bersembang tak sedar tersembang bab rumahtangga .  "akak percaya suami akak tak?" Tiba-tiba terpacul pertanyaan tu dari mulut kawan sepersembangan. Cik senah terus pandang ke luar tingkap kereta. Soalan itu cik senah biarkan  tanpa jawapan. Buat pertama kalinya dalam hidup cik senah diaju soalan sedemikian rupa. Cik senah buntu, tak jawab salah, jawab lagi salah .Sejujurnya ,cik senah  takde jawapan untuk soalan tu. hurmmm cik senah mampu cakap "Wallahu A'lam Bishawab"

Next question,,, "cik senah dekat mana  restoran Thai yang paling best , sedap dan murah?" Laju  cik senah jawab."Jom lah makan kat Khunthai Authentic Thai Restaurant ,murah, sedap, servis cepat,pekerja peramah,  menu pun banyak pilihan. Untuk pengetahuan korang,minggu ni je dah dua kali cik senah & family makan kat sana.tu belum minggu lepas , minggu sebelum sebelumnya.ha ha ha ha.  Lagi satu , kalau rasa nak berpeleseran di tepi sungai langat sebelum hidangan sampai ke meja bolehlah makan di Khuntai Klang

Khuntai 
Kampung Ayer Hitam
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan
Open daily :  11am to 12am
H/P : 012-5153081
Tel : 03-30813308

Untuk yang pertama kali nak ke Khuntai Klang dan tak expert dengan jalan  di  Ladang ladang  kelapa sawit kat Malaysia ni  dinasihatkan datang sebelum  pukul  7.  InsyaAllah anak cik senah dah expert tapi setakat ni belumlah  lagi pergi sana waktu malam. hehehe,jangan mare.

Cintailah sungai kita, kalau bukan kita saper lagi?



ek eleh nak main tarik tangan pulak
adik ko jangan nak poya sangat boleh tak?
Jus Honey dew, Jus watermelon, Jus Umbra & sour plum & plain water

 Steamed Lemon Siakap Fish
Stir fried prawn in kam heong sauce
Stir fried lala ginger
Stir fried crab salted egg, ermmm mau kasi berapa bintang ya??? berapa ??? cik senah  kasi 5 bintang
Khuntai fried chicken wing
Tomyam mixed seafood
Kailan salted fish




 
Tak dapat naik tuk tuk kat Thailand , naik kat  khuntai  pun jadilah : )








Cukup sampai sini saje perkongsian cik senah dengan kengkawan untuk hari ni.  Kalau ada masa lapang  nanti cik senah  update lagi. Akhir kata dari cik senah, majulah sukan untuk negara.



















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .