Seperti apa yang aku beritahu di
sini, Syukur Alhamdulillah pada hari khamis yang lepas tertunai sudah janji aku hendak membawa suami mencuba dan merasa makanan di Thai Salam .Owhh owhh Lihatlah dunia dimulut aku mengucap syukur tapi dalam masa yang sama aku menarik nafas lega kerana suami membayar bil makanan dengan rela hati. Mahunya aku tak terkejut waktu tu , lari konsep selalunya orang yang mengajak keluar makan tulah yang kena membayar bil, ye dak. Aku tak de hal .Tak kira apa saje konsep yang suami cuba lakukan, aku terima je dengan hati terbuka asalkan ia memberi hasil yang berbaloi : )
Setelah selesai sesi merasa semua makanan yang di order suami kata makanan kat sini boleh layan dia pun sependapat dengan aku.
Memandangkan waktu malam dan cuacanya sejuk kami memilih meja makan yang terletak di koridor kedai .
Bila bersama ayah kegedikkan Firdaus agak terbatas
Apa saje yang diborakkan dua beradik ni.Firdaus tak de dalam gambar
minuman terbaek di restoran seafood ialah chinese tea tak kira sejuk atau panas
Gula-gula hacks maintain ; yuyi masih melayan Firdaus di situ.
dayang-dayang ku sedang mencedok nasi
Tomyam Thai feveret aku forever
Siakap stim tiga rasa ; tips berguna ; Sekiranya kita tak pasti samada ikan yang disajikan ikan segar atau tidak segar jalan yang paling selamat ialah dengan mengorder ikan yang dimasak stim atau goreng tiga rasa.
Kangkung goreng belacan
motip suami aku order sampai dua hidangan sayur ni?kailan ikan masin
jeng jeng tomyam seafood ; abaikan daun ketumbar yang tersangkut ditepi mangkuk tomyam
sizzling bean curd
lemon chicken ; tak sempat aku ambik gambar lagi dorang dah bedal separuh
Elok bebenorlah tu lepas makan terus duduk atas kerusi urut ?
Jumpa lagi.......opss lupa plak sila bertabah ye orang yang tinggal di luar negeri Selangor
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
1 comment:
kita senasib terpaksa pindah ke blog baru...huhuhu sedih.
Post a Comment