Thursday, 6 December 2012

dengar makcik tempe nak cerita



Aku nak cerita tiga hal,   mungkin apa yang aku nak cerita ni bukan penting sangat pun tapi aku  aku nak cerita juge.

hal pertama,

Pagi ni aku nyaris pitam  ,pitam mendengar perkataan yang keluar dari mulut pakcik tua yang aku agak sebaya ayah aku , perut sedikit boroi dan bergigi sedikit jongang dan kekuningan.Seriously  first time dalam hidup aku  telinga ni  mendengar seorang pakcik  melatah mengeluarkan perkataan  "nofonokfok kau" (sila translate  sendiri perkataan german aku tu) di depan seorang pekerja perempuan agak muda  hanya  dek kerana terperanjat bila tangannya tersentuh  sedikit  cawan minuman yang dibawa  perempuan tu.Bagi aku itu satu perbuatan yang mengjengkelkan . Yes, aku sedikit terkejut  mungkin sebelum ni  aku tak pernah  mendengar perkataan menjijikkan tu  keluar dari mulut arwah ayah  aku atau orang-orang tua diluar sana.  Apa yang membuat aku bertambah geram selepas melatah dengan mengeluarkan perkataan menjijikkan   pakcik tu boleh pulak dengan bangganya tersenyum  kearah pekerja perempuan tadi sambil ketawa berdekah -dekah secara berjemaah bersama kawan-kawannya . Bertambah aku angin dia boleh memandang tepat kearah aku dan kak limah yang kebetulan pada masa tu sedang membeli sarapan pagi di situ.



hal  kedua


Aku kagumlah dengan kebanyakan budak-budak perempuan zaman sekarang  yang  sentiasa sudi untuk meluangkan masa  mengomen dan menglike status  facebook anak lelaki aku walaupun status bangkai  cam ni "afis nak korang  komen" Pelik status cam ni  berpuluh orang like dan komen cer makcik tempe letak status macam tu mau makcik tempe kena baling  dengan telur busuk.


hal ketiga

Aku  dah menonton Istanbul aku datang  apa yang hanya mampu aku katakan

1)Good job Bernard Chauly
2)plot menarik;
3)sinematography cantik



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

No comments: