Sunday, 9 December 2012

Koleksi baju kurung dan kebaya ; harga berpatutan dan berkualiti harus dikongsi ye dak?

 Mood nak berblog sedikit kelam selepas aku menukar URL .  Adakah URL ni tak serasi dengan diri aku  lantas membuatkan  mood aku nak berblog semakin kelam? Arghhh  seriously aku tak pernah percaya bahawa  "serasi" dan "tak serasi"  itu berhubung kait dalam  kehidupan harian seseorang.Ikut logik akal aku semuanya bergantung pada hati serta keizinan Allah SWT.Mungkin kebelakangan ni aku jarang  update blog sebab kengkangan masa. InsyaAllah selepas ni aku akan cuba mencuri sedikit masa dan ruang untuk mencatat sesuatu di sini.

Okey la, berbalik pada tajuk entry ; Petang semlam  aku meluangkan sedikit masa membeli belah  bersama anak -anak  di pusat mebeli belah Plaza Alam Central. Tujuan asal kitaorang nak pergi ke Dewi Sri Spa, tapi  tak jadi memandangkan si Mega  therapist pilihan siyuyi  sakit dibahagian tangan.Apa lagi bila kaki dah menjejak ke Plaza Alam Central  maka  mulalah  rambang mata melihat pakaian -pakaian di situ. Kebetulan pulak yuyi memang nak mencari pakaian untuk dipakai ke majlis  high tea dan dinner bersempena dengan majlis perkahwinan  adik ipar aku. Entah macam mana tah selepas keluar dari Dewi Sri Spa Yuyi boleh ajak aku  masuk ke sebuah kedai pakaian dan aku perhatikan dia terus seronok memilih baju dengan dibantu oleh jurujual warga Indon.  Hasilnya dapatlah dia membeli sepasang kebaya mahsuri dan sepasang baju kurung moden dan aku pulak sempat merembat sepasang baju kurung.Masing-masing keluar dari kedai tu dengan hati berbunga-bunga ~~Sekianlah saje aku melaporkan dari Siti Mariam Fashion House Plaza Alam Central~~

Baju kurung moden yang menjadi pilihan yuyi  .Motip Firdaus bergambar macam tu?
Semua pakaian yang dijual  semuanya dijahit di situ dan dorang  juge ada menerima tempahan jahit baju.*Ini Bukan iklan berbayar*
 yeah itu dia  jurujual cum tukang jahit yang banyak membantu kitaorang  memilih pakaian yang sesuai 
 Cak!!!!  teka siapa saya?

Bukan model  baju kurung dan kebaya  Siti Mariam Fashion House

Jumpa lagi, doakan mood aku  nak update berblog mari . 





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

1 comment:

Nurul Ain said...

Rindu nak baca entry lawak,merepek meraban cik ina ni...semoga kembali bersiaran spt biasa ye.