Monday, 17 December 2012

tip mudah & cepat untuk kurus ; kim kardashian come back




Sekiranya selepas sebulan korang  amalkan tips diet yang aku bagi ni korang tak kurus juge ,sila jangan salahkan aku.Aku pun tak kurus-kurus sampai sekarang, Kalau nak kuruskan badan kenalah jaga makan bila dah kurus  kenalah displin , makan sekeping dua roti udah jangan ikut macam aku bedal sampai 1/2 buku  roti.Lagi satu kalau rasa diri tu pengamal diet tegar  bolehlah ganti  mayonis dengan low fat milk.

roti sandwich massimo dengan germa gandum
1)5 biji telur dikacau dengan sedikit garam
2)masakkan telur yang dikacau tadi dengan sedikit butter-kacau  telur hingga hancur dan sedikit kegaringan-guna api sederhana
3)Bila telur dah sedikit kegaringan bolehlah diangkat
4)Taburkan sedikit lada sulah dan mix herb ke dalam telur tadi  serta kacaukan  dengan sedikit mayonis

Sedikit butter untuk disapu atas permukaan roti-abaikan butter yang sedikit comot tu.
Sapukan permukaan roti dengan sedikit butter, kemudian tepekkan di atasnya  lebih kurang  1 1/2  sudu  besar telur .
Kalau nak  kurus kenalah berdiet, masa berdiet  kenalah makan  sandwich telur bersama dengan semug besar  milo  kosong kaw panas .#baca boleh percaya jangan#
Hasil dari setengah buku roti sandwich massimo   dengan germa gandum pack besar-sila bedal sampai ke petang
Tip supaya  sandwich telur sentiasa  lembut sampai ke petang ; sila pastikan  sandwich  disimpan dalam bekas kering dan tertutup.

Sekian saje tips diet untuk kali ni, semoga berjumpa lagi di masa akan datang, InsyaAllah.

dari perempuan yang mengamalkan diet dari tahun  1996 tapi sampai sekarang  tak pernah kurus





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

1 comment:

Fazleyatul Aini said...

ni boleh musnah diet. bukan 2 keping. kalau saya makan mau berkeping2. huhu memang tak kurus jawabnya