Monday 10 December 2012

Adat perkahwinan masyarakat kristian ; Lunch ,High tea, Dinner 2012 ; ko mampu?

Aku bukanlah orang yang sesuai nak bercakap secara serius  mengenai adat resam perkahwinan sesebuah masyarakat di Malaysia ni.Tapi kalau nak bercakap sekadar melepaskan batuk ditangga rasanya mungkin boleh kot.Siapalah aku kan nak bercakap mengenai adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Cuma apa yang aku boleh lakukan  aku cuba sebaik mungkin menghomati  adat resam dan budaya bangsa lain tapi dalam masa yang sama aku tak akan  melupakan adat resam dan budaya bangsa aku sendiri. Aku harap tak de orang yang cuba nak memutarbelitkan cerita aku ni ,sila faham sekarang ni aku sedang bercerita mengenai adat resam dan budaya bukan agama ye.

Berbalik pada cerita majlis resepsi ; Majlis  perkahwinan adik ipar aku ni ,  MIL aku buat tiga  majlis resepsi berasingan. Majlis resepsi pertama telah berlangsung dua hari lepas di rumah family suami aku.Majlis resepsi kedua akan diadakan pada 28/4/2013 kalau tak silap akulah dan majlis resepsi ketiga akan diadakan pada maaf  aku lupa plak tarikhnya.


Masa ni dalam perjalanan jemput  my laling di tempat kerja. Ko mampu dari tempat kerja terus ke majlis perkahwinan adik sendiri : ) *dasar pentingkan RM*Majlis bermula pukul 12 tengahari abang sulung merangkap suami aku yang berhemah ni  sampai rumah family pukul 4 petang. Hampa harapan  pengantin lelaki nak berjumpa dengan abang ipar  sulung mana taknya sejurus kitaorang sampai family belah pengantin lelaki baru je beredar dari situ. Tapi tak pe adik ipar aku dah faham sangat perangai abang sulungnya: )


Abaikan anak-anak ku disebelah kiri dan kanan itu , cuba kita fokus kepada gambar yang ditunjukkan dengan anak panah berwarna hitam, sila percaya sarung handphone yuyi tu aku kait sendiri.Ko mampu baju kurung modern dan sarung handpohone warna sedondon . Seriously Keterujaan aku mengait segala benda yang terlintas difikiran telah   membuatkan keterujaan aku untuk berblog pada masa ni semakin menurun : ) *bukan aktiviti mengait buah sukun*


Dorang berdua ni adakala macam belangkas dan  adakala pulak seperti anjing dan kucing . The moral of the story ; aku tak setuju 100%  segala jenis perumpamaan yang cuba nak mengaitkan manusia dan haiwan.
 Sila abaikan model iklan ubat  gigi tu , sila fokus  gambar yang ditunjukkan dengan anak panah berwarna hitam "di sini Royal Selangor Yacht Club"
 Masa ni majlis dah nak berakhir
 Masa ni rambut my laling masih panjang ; dia dan anak saudara.
 akak dan adik
Gula-gula hack  dan MIL


Tamat cerita majlis resepsi pertama belah family suami . Boleh tak  kalau tak tanya  gambar lauk pauk. Dahlah datang lambat takkan ye lah aku nak  pergi mengedik klik sana klik sini. Masa aku datang tu tinggal lauk ; kari kambing, ayam masak merah, dalca dan dan dan  aku lupalah lagi lauk yang ada. Aku tak kisah sangat pasal lauk pauk ni,dari zaman arwah mak aku ada dia akan suruh kitaorang  makan kenyang kenyang dulu kat rumah sebelum pergi ke mana- mana majlis.Jadi tradisi makan kenyang kenyang kat rumah sebelum pergi ke mana-mana majlis sampai sekarang aku praktikkan.

*******************************************************************************
Majlis resepsi belah family suami adik ipar  telah pun  berlangsung pada hari  sabtu . Ekceli belah family dorang jemput high tea dengan dinner sekali tapi memandangkan suami aku tengahari tu kerja  makanya kitaorang tak dapatlah pegi cepat. Masa kita orang sampai tu pun dah  pukul 6.30 petang.

Dan nilah pengalaman pertama aku meraikan perkahwinan masyarakat kristian.Tapi aku tak terasa janggal langsung sebabnya  family belah  suami  adik ipar   ramai  juge yang  kahwin campur.Apa yang boleh aku katakan tentang majlis ni ialah majlis yang simple tapi happening.
lepak santai  ; adik ipar bersama anaknya dan anak buah 
 anak   adik ipar yang no 3





My laling muncul dengan rambut pendek.Masa ni tengah majlis high tea.Apa yang sedang gula-gula hacks ngan Firdaus pandang tu dan kenapa plak my laling happy semacam 
 lepak santai : ) 
MIL adik ipar sedang menyuapkan kek ke mulut adik ipar
MIL aku sedang menyuapkan kek ke mulut menantu baru
pengantin baru : )
akak dan adik
 Firdaus dan my laling(anak sulung dalam family) bersama adik ipar baru
Juadah dinner
Yuyi sedang mendengar penerangan pengerusi majlis
Dua orang perempuan yang bertudung tu  family belah suami adik ipar
Mereka mengadakan 3 jenis kuiz, salah satu kuiz  ,kuiz meneka gambar

Kesimpulan yang dapat aku  perolehi dari majlis perkahwinan  masyarakat kristian, majlis mereka ni happening dan part yang aku rasa unik bila sesi  mengucap tahniah pada pengantin baru.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

No comments:

Pengikut Tegar : )