Friday, 28 December 2012

Fasha Misha Paris gelak kuda

 I beli set untuk 4 persons 
Gerai buah yang menjadi tempat perteduhan I sementara menunggu abang jejai datang

Manis crazy crazy anggur ni
Anggur feveret abang jejai
 Fasha  spesis yang tak pandai pilih buah-buahan

Bukti yang  abang jejai suka makan buah-buahan tempatan dan obersea; buah kelapa pun dia tala , belah sendiri gitu.


Balik dari sesi interview untuk majalah glam glamer  ,tetiba teringat pulak  janji -janji manis I  nak belikan pizza untuk anak I . Masa tu juge I paksa  abang jejai pecut motor Harley Davidson laju sikit almaklumlah hujan semakin lebat I takut selesema nanti kalau dah selsema tak de pulak produser filem yang nak bagi I job*akulah fasha sandha*.Sementara menunggu abang jejai I sempat lagi  beli  sekilo anggur untuk abang jejai kesayangan sekilo ciku pulak untuk I........ Anggur wajib  feveret abang jejai tu (rahsia kulit gebu abang jejai). I suka  layan buah-buahan supaya  kulit I jadi  halus mulus. *sendiri taip sendiri muntah*


Berbalik pada cite Pizza Hut ; Sampai je Pizza hut , I jerkah manja sorang  budak lelaki yang jaga kaunter "Semalam I contact  sini , apasal dorang bagitau yang Pizza Hut ni  tak cover kawasan rumah I .Rumah I  dekat sini  sini je , dekat sangat sampai I kentut kat rumah , u boleh dengar  kat sini".*baca boleh percaya jangan* "Maaflah kak Pizza Hut ni memang tak  cover kawasan rumah akak tu,kawasan  tu  Pizza Hut kelang yang cover,"sambil tangannya laju mengambil order.  "apa tak cover?ha ha ha huk huk huk huk haih geli hatinya I  dengar." Masa tu I gelak dah bunyi macam kuda. Sukanya Marsha Milan Londoh dengar jawapan budak kaunter tu. Selamba je kan.Bertambah kelakar bila budak kaunter tu  cakap  "kak ! saya tak tahu sangatlah pasal ni, sebenarnya saya kerja cawangan Pizza Hut  tempat lain."  "Budak ni betul-betul menimbulkan kemarahan.Nasib baik pizza tak de kat tangan," kata Fasha dalam hati.


Atas motor Harley Davidson  dalam perjalanan balik dari Pizza hut "Fasha ,boleh abang tanya sesuatu?" "apa dia ?, tanyalah."  Dan yang pasti Fasha menunggu  soalan cepu emas dengan debaran di hati  "Semalam fasha ada bagitau abang yang Pizza Hut  buat hal.Apasal masih beli Pizza Hut ?kenapa tak beli  pizza domino je?" "hua hua hua ,argh abang jejai ni potong stim je," kata  Fasha dalam hati.





Sekian saje cerita Buah-buahan dan pizza hut untuk kali ni,  cerita Pizza hut akan di sambung sebentar lagi.tungguuuuuuuu



Dari Fasha Misha Paris, adik ke tiga Fasha Sandha sepupu kepada Misha Omar dan dan dan dua pupu kepada Paris Hilton




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang