mee goreng ku yang bertambah sedap bila dimakan bersama cili api jeruk*tekan butang naik lif sendiri*
Bahan-bahan
Basuh dulu 1 1/2 bungkus mee kuning , kemudian tuskan, (tips mengelak mee goreng menjadi kering)
siang seikat sawi, cuci beseh dan tuskan
2 keping tahu ikan -hiris nipis
sedikit taugeh- tak suka taugeh , boleh tukar sayur lain
sos tiram-dua sudu besar
kicap kipas udang -lemak manis
kicap pekat-sesudu besar
5 tangkai cili kering kisar
6 ulas bawang putih ketuk , pecah dan buang kulit
Garam tak diperlukan ketika mengoreng mee sebab sos tiram dan kicap kipas udang lemak manis dah cukup memberi kesan masin pada mee. sila percaya
cara-cara membuatnya
1)tumiskan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan
2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak
3)Masukkan hirisan tahu ikan -kacau sekejap
Guna api sederhana
4)masukkan sedikit air
5)Masukkan sawi-kacau dan kaup balik
6)Masukkan mee kuning -kacau sekata,
7)masukkan kicap kipas udang lemak manis dan kicap pekat serta sos tiram,rasa ikut citarasa sendiri
8)Last sekali masukkan taugeh, taugeh digoreng rebah bangun je.Angkat sedia dihidang
cili api jeruk ko mampu?
Bahan-bahan
15 tangkai cili api kampung-hiris halus
cuka makan
garam
gula
air panas mendidih
1)Letakkan hirisan cili api ke dalam tapis kemudian curahkan air panas mendidih
2)Masukkan hirisan cili api ke dalam botol kaca
3)curahkan cuka makan ke dalam botol tadi
4)masukkan sedkit garam dan dua sudu besar gula
5)kacau hingga gula dan garam sebati.
6)kacau serata dan siap untuk dimakan bersama mee goreng
1 comment:
cik ina,
saya tak makan mee tapi tengok mee goreng cik ina ni rasa terliur-liur pulak memalam buta neh...hwaaaa!
Post a Comment