Sambal sotong dan juadah lain yang ada dalam gambar dibawah aku masak sebelum pegi majlis ke resepsi belah suami adik ipar . Sila jangan sepak aku ye,Kalau anda tak pasti aku pasti yang lagi lama sesebuah cerita itu lagi suka orang sekeliling nak ambik tahu.ha ha ha ha statement tak boleh blahkan.
Resepi sambal sotong aku simple je. Resepi simple tak pe tapi masak tu kena ada skill beb. Skill aku senang je bahan tumisan kena tumis agak lama, lepas tu bahan-bahan lain main lempar je.ha ha ha terbakokan dengar .Relaxlah jangan tersentap sangat nanti cepat tua.
Ada kemungkinan sambal stong aku ni mengunakan stong 1/2 kilo(tetiba je nak main loghat zizan)
1)20 tangkai cili kering rendam dengan air panas kemudian kisar cili tadi bersama 5 ulas bawang merah dan seketit belacan.(Seketit tu seerti dengan kecil sangat) Jangan terlebih belacan kang sambal stong korang terlebih rasa belacan , ko mampu.
2)bancuh sebesar ibu jari asam jawa bersama dengan lebih kurang 200ml(sotong pantang dengan air, terlebih air kan sambal sotong korang jadi cair.
3)sotong dibersehkan , dibasuh dan dituskan
4)Hirisan sebiji bawang holand
4)gula, garam dan secubit kecil serbuk perasa
cara-cara membuatnya
1)Panaskan minyak kemudian tumis cili kisar yang dikisar bersama bawang dan belacan tadi sehingga pecah minyak, naik bau dan apa saje lah-guna api sederhana
2)Masukkan air asam jawa -biar sambal agak mendidih-masih mengunakan api sederhana
3)Masukkan gula dan garam- seimbangkan rasa gula garam dan asam.
4)Masukkan hirisan bawang besar -kacau sekejap
5)Masukkan sotong- Masak sotong hingga sederhana masak-Gunakan api sedikit kuat
6)Sebelum angkat masukkan secubit kecil serbuk perasa.
ikan selar goreng ; ikan goreng kali ni menampakkan yang aku mengikut tunjuk ajar ku siput sedut(arwah emak), buang pipi ikan, ridip kat ekor,ridip belah kiri kanan ikan dan kerat ekor .mission complete
Sawi cina yang menjadi feveret seisi family aku dah tentunya sawi cina goreng bersama bawang putih plus fish ball atau tahu ikan
bahan-bahan
1)dua ikat sawi cina- siang ,bersehkan, basuh dan tuskan.
2)1/2 paket fishball-hiris nipis
3)1/2 labu bawang putih -pecahkan dengan belakan pisau, kupas dan cincang sedikit
4)dua sudu besar sos tiram
Cara-cara membuatnya
1)Tumis bawang putih cincang hingga naik bau dan kekuningan dan kecoklatan pekat-guna api sederhana
2)tumis sekejap hirisan fishball
2)Masukkan sawi cina yang telah dituskan air.- kaup balik-guna api besar
3)masukkan sos tiram-kaup balik sekejap
4)tutup api , angkat dan sedia dihidang
sawi cina goreng bawang putih dan fishball ; Jangan cuba nak membezakan gambar yang diambil mengunakan handphone dan kamera.Sinematografi Istanbul aku datang lagi indahlah : )
Sekian saje cerita aku buat masa ni............
Dari makcik yang tak marah dengan orang pemalas tapi sekarang ni tengah marah dengan orang yang telah menutup hampir 5 dan 6 bekas makanan Firdaus selepas dibasuhnya sebelum bekas itu sempat kering . oh tidak makcik menyampahlahhhhhh bekas yang berlendir dan berminyak . Rasanya sunlight dapat membantu ke? Lagi satu kenapa orang suka sangat nak pijak kepala orang tak de benda lain ke yang nak dipijak selain dari kepala orang?
No comments:
Post a Comment