Showing posts with label sambal sotong. Show all posts
Showing posts with label sambal sotong. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

aktiviti dan juadah semasa jerebu

Keadaan berjerebu dan berhabuk  yang melanda selangor dan beberapa negeri yang lain telah memaksa aku sekeluarga  menghadkan seketika  segala aktiviti outdoor. Hujung minggu aku banyak  dihabiskan dengan memasak untuk keluarga , melayan keranah anak-anak dan suami dan mengemas  rumah .  Bab mengemas rumah aku fail. Kasihannya aku? Bila  tengok hiasan rumah orang cantik dan tersusun rapi  air liur  terus meleleh  dibuatnya.

Kata jerebu , berhabuk bagai , no more aktiviti outdoor jadi  sabtu hari tu  aku masak  mengunakan bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk. Bila cuaca jerebu macam sekarang ni tekak tak berapa lalu nak  makan . Buntu , tak tahu nak masak apa? Nasib baiklah  bab makan suami aku  tak cerewet. Apa yang aku masak dia makan je . Yang paling penting masakan aku tidak  terlalu masin dan dalam  menu masakan  mesti ada satu menu masakan berkuah.
                                               menu masakan berkuah- kuah dhal
Bahan-bahan untuk masak kuah dhal

1)aku guna 250 grams kacang dhal-kalau nak cepat kacang dhal tu empuk, rendam dulu semalaman,
2)1 labu bawang besar kuning-potong dadu
3)1 batang carrot-dipotong dadu
4)terung bulat potong baji dan dibelah dua
5)sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
6)3 tangkai cili kering- dikerat ikut suka
7)sedikit daun kari
8)3 biji bawang putih dengan 1/2 inci halia -dikisar kering
9)garam secukup rasa

Cara -cara masak kuah dhal

Cuci kacang dhal, rebus kacang dhal hingga empuk .Jangan lupa masukkan sedikit serbuk kunyit semasa merebus. Biar kacang dhal agak empuk.Bila dah empuk  masukkan carrot diikuti dengan terung. Biar sayur  agak empuk. Banyaknya kuah bergantung pada selera masing-masing. Masukkan garam dan seimbangkan rasa. tutup api dan ketepikan.

Dalam kuali lain , tumis rempah campur , bawang besar dadu, cili kering , daun kari dan bawang putih + halia yang sudah dikisar tadi. Masa menumis , kecikkan sedikit api. Tumis hingga naik bau, kemudian tuangkan semua bahan tumis kedalam kuah dhal tadi.Sedia untuk dihidang.
 menu masakan kering-ayam goreng cili api plus cili masak
                                                    menu masakan kering -  ikan bilis goreng cili api




Tarikh : 22 June 2013, Jumaat
Lokasi: Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari

   
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              *************************************


Hari minggu  hari tu  aku dengan yuyi meloloskan diri  meredah jerebu  ke kedai Acheh berhampiran dengan rumah untuk membeli barang  basah dan barang keperluan dapur. Mencabar sungguh jerebu kali ni, jarak penglihatan kurang dan mata terasa pedih semacam . Tapi tak pe janji  aku dapat membeli  barang basah dan  keperluan dapur. Saya karam singh walia melaporkan keadaan jerebu yang semakin kritikal  dikampung sg pinang, selangor.
 ikan kembung goreng cili api

Sambal sotong


sup bayam




Tarikh : 23 June 2013, Ahad
Lokasi: Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari

*************************************

sawi batang puting goreng sos tiram dan bawang putih


2 ,3 hari ni Firdaus sakit gigi, rupanya sebatang gigi dia belah atas dah bergoyang . Biasanya  gigi dia bergoyang akan tanggal  dengan sendirinya tapi kali ni macam liat sikit pulak nak tanggal. Giginya bertambah sakit bila dia mengunyah makanan yang keras-keras.Petang semalam masa aku ambik firdaus pengasuhnya pun bagitahu aku yang  firdaus hanya makan sup bayam, ayam sambal dia tak boleh  makan sebab sakit gigi. Makanya subuh tadi  lepas  menyelesaikan tugasan membilas kain aku gorengkan sayur firdaus untuk bawa ke rumah pengasuh.Selain dari sayur goreng aku bekalkan dia bihun telur goreng baki makanan malam,nasi lemak telur yang aku beli dari makcik besa dan sebotol air masak.Kat rumah aku tak de penapis air , semua orang minum air masak. Tak mampu nak beli penapis air pun : ) .  













Tarikh : 25/6/2013, Selasa
Peristiwa : juadah untuk Firdaus







Thursday, 20 December 2012

Dah lama mak esah tak ke dapur dan dah lama mak esah tak tepek resepi ; mak esah bukan ratu kebaya

Di rumah ni aku boleh dikira dengan jari berapa kali aku  masak sambal udang atau  sambal sotong .Bukannya orang dalam rumah ni  tidak berapa gemar dengan udang dan sotong  cuma aku saje yang jarang memasaknya mungkin sebab Firdaus dan yuyi ada alahan dengan dua spesis haiwan laut ni.Selalunya kalau dah teringin sangat nak makan sotong atau udang kita orang makan kat luar je. Udang dan sotong yang ada kat rumah  selalunya aku jadikan rencah untuk mengoreng mee atau nasi.

Sambal sotong dan juadah lain yang ada dalam gambar dibawah aku masak sebelum pegi majlis ke resepsi belah suami adik ipar . Sila jangan sepak aku ye,Kalau anda tak pasti aku pasti yang lagi lama  sesebuah cerita itu lagi  suka  orang sekeliling nak ambik tahu.ha ha ha ha statement tak boleh blahkan.

Resepi sambal sotong aku simple je. Resepi simple tak pe tapi masak tu  kena ada skill beb. Skill aku senang je bahan tumisan kena tumis agak lama, lepas tu bahan-bahan lain main lempar je.ha ha ha terbakokan dengar .Relaxlah jangan tersentap sangat nanti cepat tua.

Ada kemungkinan sambal stong aku ni mengunakan stong 1/2 kilo(tetiba je nak main loghat zizan)

1)20 tangkai cili  kering rendam  dengan air panas kemudian kisar cili  tadi  bersama 5 ulas bawang merah dan seketit belacan.(Seketit tu seerti dengan kecil sangat) Jangan terlebih belacan kang  sambal stong korang  terlebih rasa belacan , ko mampu.
2)bancuh sebesar ibu jari  asam jawa bersama dengan lebih kurang 200ml(sotong pantang dengan air, terlebih air kan sambal sotong korang jadi cair.
3)sotong dibersehkan , dibasuh dan dituskan
4)Hirisan sebiji bawang holand
4)gula, garam dan secubit kecil serbuk perasa

cara-cara membuatnya

1)Panaskan minyak kemudian tumis cili kisar yang dikisar bersama bawang dan belacan tadi  sehingga  pecah minyak, naik bau dan apa saje lah-guna api sederhana
2)Masukkan air asam jawa -biar  sambal agak mendidih-masih mengunakan api sederhana
3)Masukkan gula  dan garam- seimbangkan rasa gula garam dan asam.
4)Masukkan hirisan bawang besar -kacau sekejap
5)Masukkan sotong- Masak sotong hingga  sederhana masak-Gunakan api sedikit kuat
6)Sebelum angkat masukkan secubit kecil serbuk perasa. 

ikan selar goreng ; ikan goreng kali ni menampakkan yang  aku mengikut  tunjuk ajar ku siput sedut(arwah emak), buang pipi ikan, ridip kat ekor,ridip belah  kiri kanan ikan dan  kerat ekor  .mission complete
Sawi cina  yang menjadi feveret seisi family aku dah tentunya sawi cina  goreng bersama  bawang putih plus fish ball atau tahu ikan
bahan-bahan

1)dua ikat sawi cina- siang ,bersehkan, basuh  dan tuskan.
2)1/2 paket fishball-hiris nipis 
3)1/2 labu bawang putih -pecahkan dengan belakan pisau, kupas dan cincang sedikit
4)dua sudu besar sos tiram

Cara-cara membuatnya 

1)Tumis bawang putih cincang  hingga naik bau dan kekuningan dan kecoklatan pekat-guna api sederhana
2)tumis sekejap hirisan fishball
2)Masukkan sawi cina yang telah dituskan air.- kaup balik-guna api besar
3)masukkan sos tiram-kaup balik sekejap
4)tutup api , angkat dan sedia dihidang
sawi cina goreng bawang putih dan fishball ; Jangan cuba nak membezakan  gambar yang diambil mengunakan handphone dan kamera.Sinematografi Istanbul aku datang lagi indahlah : )



Sekian saje cerita aku buat masa ni............



Dari makcik yang tak marah  dengan orang pemalas  tapi  sekarang ni tengah marah dengan orang yang telah  menutup hampir 5 dan 6  bekas makanan Firdaus  selepas dibasuhnya sebelum bekas itu sempat kering . oh tidak makcik menyampahlahhhhhh bekas yang berlendir dan berminyak . Rasanya sunlight dapat membantu ke? Lagi satu kenapa orang suka sangat  nak pijak kepala orang tak de benda lain ke yang nak dipijak selain dari kepala orang?






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .