Wednesday 30 January 2013

seloyang dua kek gula hangus dari dapur makcik tempe

Nak juge tajuk yang ada sedikit persamaan  dengan kak ct delima. Alah relaxlah sekarang ni kan ditengah musim menangguk di air keruh , Kalau tak  faham  maknanya  sila google. 

Berbalik pada tajuk asal ; hari tu aku ada bagitahu diblog ini yang  dimasa cuti 4 hari lepas aku  banyak  menghabiskan  masa  ditempat pertapaan serta membuat seloyang dua kek gula hangus.Bila sebut pasal gula hangus entah kenapa dari dahulu sampailah sekarang aku memang teruja sangat dengan  makanan yang mengunakan gula hangus atau karamel dalam bahan-bahannya terutama dalam   kuih muih, pencuci mulut  dan kek . Apam gula  hangus  hasil air tangan arwah mak adalah makanan pertama yang berasaskan gula hangus yang pernah aku makan .Semenjak dari tu aku terus jatuh cinta dengan makanan  yang berasaskan gula hangus.

Maka terimalah kek gula hangus aku seadanya: )

 Gula hangus

 Sedang bersedia  untuk dibakar dalam oven
 Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit


Resepi dicilok dari dapur kak CT Delima


Adunan kek gula hangus

Bahan gula hangus :

1 cawan gula pasir 
1 cawan air panas 

Cara membuatnya :
1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik.

Bahan Kek :
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
4 biji telur 
3 sudu besar butter
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara membuatnya :
1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan butter - ketepikan.
2. Pukul butter dengan telur hingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup dipukul hingga adunan sebati saja.
3. Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi. kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. Perapkan sebentar dalam 10 minit.
5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama lebih kurang 45minit hingga 1 jam atau boleh uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

Kek gula hangus rasanya memang terbaek, cuma di masa akan datang  kalau aku buat lagi kek ni aku tak nak menderhaka dengan resepi kat CT Delima. Ada ke patut akak tu tulis 1 cawan tepung gandum aku bantai 2 cawan, hambik ko kek aku menjadi sedikit keras.



Sekian saje cerita aku dan seloyang dua kek gula hangus .InsyaAllah kita dapat berjumpa lagi dilain hari dan waktu.






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )