Monday 26 August 2013

Open house ...Resepi kuah kacang terbaek gitu

Open house lagi, kali ni di rumah sendiri dan di dot dot dot . Sendiri masak sendiri makan ko ado. Entahlah  tahun ni rasa macam tak puas je makan nasi himpit   kuah kacang dengan rendang ayam .Tapi bila difikirkan balik macam baru je  makan semua tu di open house company besar. Awat chek ?puas hidop da ka?   

Alang -alang  semalam aku ada masak  rendang ayam dengan kuah kacang untuk open house di dot dot dot, aku rebus sekali nasi himpit .Senanglah aku tak payah susah-susah  nak masak, nasi himpit kuah kacang dengan rendang tu boleh buat  makan tengahari  di rumah. Takkan lah  aku nak kenyangkan perut orang dalam rumah aku  dengan ambik bau rendang ayam dengan kuah kacang je  ?Nampak sangat  aku seorang ibu yang hanya mementingkan skandal -skandalku. opsss 

Bila aku ada agenda masak-masak , jangan harap yuyi dapat  tidur sampai ke tengahari. Bangun!bangun bawak mak  pergi kedai,"jerkah datin markonah.opsss

Perut  harus diisi  terlebih dahulu  sebelum  hendak melakukan tugas  berat
nilah tugas berat tu.Bukti aku sibuk
chefal yang telah banyak memudahkan  kerja-kerja aku di dapur 
Syukur Alhamdulillah berkat tunjuk ajar  chef cinderella  akhirnya aku dapat  satu cara yang  mudah untuk mengempukkan kacang tanah

Kali ni aku guna tomato puri DuChef

Tumis bahan tumisan sehingga naik bau  dan pecah minyak ye

Bahan-bahan untuk membuat kuah kacang terbaek(anggaran 1/2 kilo kacang tanah)

1)Kacang tanah disangrai tanpa minyak  sehingga empuk .Tunggu sejuk sekejap lepas  tu ramas -ramas supaya tanggal  kulitnya .Tampi untuk membuang kulit kacang tanah yang tertinggal kemudian kisar sederhana halus. 
1)1 tin duchef  tomato puri
2) 6 sudu besar bahan bumbu rendang(terdiri daripada halis, serai, lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih yang dikisar)
3)6 sudu bsar cili kisar 
4) segenggam udang kering-basuh, tuskan dan kisar sederhana  halus
5)gula dan garam secukup rasa 

Cara menyediakannya

1) Panaskan minyak dan Tumis  bumbu rendang  sehingga  pecah minyak
2)Tumis cili kisar sehingga pecah minyak diikuti dengan udang kering kisar
3)Masukkan tomato puri-kacau sekejap
Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa dikacau ye
4)Masukkan 800ml air,kalau kuah   nampak pekat boleh tambah air-biar agak mendidih
5)Masukkan kacang tanah goreng kisar
6)Masukkan gula dan garam-Pandai-pandailah seimbangkan rasa
7)Bila semua rasa dah seimbang , bolehlah tutup api dapur dan angkat

Kuah kacang sebelum dimasukkan kacang tanah goreng kisar

kuah kacang terbaek gitu
Kalau ingin  dapat  rendang ayam yang sedap kita kena  pastikan semua bahan-bahan bumbu rendang mencukupi dan bahan bumbu tadi harus  ditumis sehingga   pecah minyak.

Ayam dikecutkan  bersama bumbu rendang dan kerisek 

Abaikan kuali yang selekeh tu sila fokus kepada rendang ayam saja
Takkan tak kenal kot : )

Lepas  dah setel semua aku tunaikan hajat suami nak minum  jus grapefruits.Alah mentang-mentanglah dapat buah free: )
Grapefruit@limau gedang mempunyai rasa  masam manis
Aku perah  jus  grapefruit guna pemerah  manual sebab malas nak cuci pengisar letrik.
Jus grapefruit /limau gedang sedap dan berkhasiat




Tarikh : 25 Aug 2013, Ahad

Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa :  jalan-jalan hujung minggu








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )