Thursday, 1 August 2013

nasi goreng cina sedap dimakan bersama kicap cili


Sahur hari ni masuk hari  kedua Firdaus bersahur dengan nasi goreng cina. Dia ni  pagi petang siang malam makan nasi goreng cina pun tak de hal...aku  yang menengoknya naik kembang tekak.  Pagi tadi masa nak pakaikan Firdaus  baju sekolah aku tanya dia

Aku : Adik masa berbuka  nanti nak makan apa?

Firdaus : nasi goreng  cina


Aku (kehairanan) :  nak makan  nasi goreng cina lagi ke?????


Firdaus : ye .mak!!susah ke masak nasi goreng cina?


Aku : Tak delah .Kenapa adik  tanya?


Firdaus :  pertanyaan mak nampak  macam buat nasi goreng cina tu susah je


Aku : okeylah, adik bagitahu mak,  masak apa yang tak susahkan  mak


Firdaus : masak nasi putih, goreng ayam, ikan ke?


Aku (senyum sendiri): adik!! kalau nak diikutkan dalam dunia ni  semua kerja pun  susah & penat tapi  susah &  penat mak ni terus hilang bila nampak adik bersungguh-sungguh makan apa yang mak masak .



Nasi goreng cina baki sahur bawak  masa berbuka


Sebahagian dari juadar berbuka , teh bunga permintaan Firdaus

Nasi goreng cina ,juadah sahur pagi tadi.Juadah tambahan , roti tuna permintaan Firdaus.




Selamat datang