Raya aku sama saje macam raya orang lain cuma mungkin bezanya aku beraya tanpa kedua orang tua dan adik beradik tersayang . Aku percaya hidup tetap ada kegembiraan dicelah kesedihan syukur kepadamu ya Allah SWT kerana masih memberi aku peluang untuk meraikan satu syawal bersama suami dan anak-anak tersayang..Tapi disebalik kegembiraan aku ni tersimpan seribu simpati pada mak saudaraku yang tak berapa jauh dimata. Jauh disudut hatinya masih merindui aku, kalau tak mana mungkin dia boleh tersalah hantar sms ke no hp aku. Ekceli aku tak pernah simpan no hpnya apatah lagi menyimpan perasaan rindu sayang padanya. Maafkan aku mak saudara , aku dah penat dengan semua ni cuma aku nak kau tahu yang aku dah kuburkan semua kenangan kita.Aku cuba belajar untuk banyak mendengar daripada bercakap.
Aku tinggalkan seketika kenangan yang bisa merobek hati .Petang sabtu minggu lepas yuyi bawak aku ke Ikea untuk membeli rak simpan barang dapur. Kebetulan masa tu dah dekat waktu berbuka puasa jadi yuyi ajak sekali berbuka kat Bumbu Desa The Curve
Sejujurnya kami tak berapa selesa makan dikelilingi oleh orang ramai tapi nak buat macam mana dah kesuntukan masa.
jus buah, buah apa aku dah lupa almaklumlah cite lama
Bumbu desa menghidangkan masakan sunda.
potong stim ; motip aku order ikan patin???terong bumbu desa pedas memang terbaek
Cerianya wajah???
Gula-gula hacks happy sokmo
Wajah yang sedang menunggu untuk berbuka puasa
Wajah-wajah yang sedang menunggu untuk berbuka puasa
Firdaus cakap dia letih jadi ubat letih aku terpaksa letak dia dalam troly ikea
Dibawah ni juadah hari raya 2013 aku yang tidak seberapa.
Semacam tak percaya...malam isnin tu aku dengan yuyi dapat menyiapkan 8 botol tart nenas
Menu tambahan gulai ayam kampung
Menu wajib ayam masak merah
Sejak kedua orang tua aku tak de aku dah tak pernah masak rendang daging lembu , aku cuma masak rendang daging kambing.
Kuah kacang, kalau tak silap aku dah pernah bagi resepi kuah kacang aku sebelum ni .Kuah kacang ni simple je , Aku tumis kisaran(lengkuas,serai,halia,bawang putih, bawang merah dan kunyit) hingga garing.Kemudian aku tumis udang kering kisar sampai naik bau. Bila semuanya dah naik bau aku tumis cili kisar sampai pecah minyak .Lepas tu aku masukkan tomato puri bersama dengan air . Bila kuah dah mendidih baru aku masukkan kacang tanah kisar. Akhir sekali aku masukkan gula dan garam , aku seimbang rasa masin dan manis.Sebelum aku berundur diri aku nak titipkan serangkap pantun
Kalau ada sumur diladang
Boleh aku menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Tarikh : 3-6 Aug 2013
Lokasi : Ikea Damansara ; Restoran Bumbu Desa The Curve
Peristiwa : Cuti Hari Raya 2013, Bulan Ramadhan 2013
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .