Monday, 19 August 2013

Hans Issac abaikan je David Teo tu : ) Lemak kampung Santan terbaek

Saper kata  citer lemak kampung santan tak best? Pada aku dengan anak-anak filem  ni  best  cuma yang tak berapa bestnya watak heroin dipegang oleh Neelofa. Tapi Nasib baiklah ada Khir Rahman, Afdlin Shauki ,Awie dan  Harun Salim Bachik  dapatlah juga menutupi sedikit kekurangan  filem ni akibat kehadiran tunggul kayu opss aku ingatkan cakap dalam hati rupanya terlepas. .. Filem ni lain daripada filem arahan Hans Issac sebelum ni ianya  mempunyai keunikan tersendiri .Lepas lunch tadi tetiba je   badan lemah, mengantuk  tak larat rasanya nak menaip.Aku syak mata ni mengantuk akibat kekenyangan melampau.
Mak cakap dengan Firdaus nak tengok cite Smurf  tapi sebenarnya  cite Lemak kampung Santan.Maafkan mak dik , mak tak berniat nak tipu adik. Lemak kampung santan punya pasal kita KIV dulu cite Smurf ye: )
Kasihan adik kena tipu hidup-hidup : )

Yuyi dan Gula-gula hacks  yang tak sabar nak menonton cite lemak kampung santan
Bila menjejak kaki ke  Jaya Jusco Bukit Tinggi tak sah kiranya  mendapatkan perkhidmatan urutan reflexology  di Body Revolution.
Kali ni gula-gula hack turut  mendapatkan perkhidmatan urutan reflexology di sini.Gedikkan
Nasib baik budak ni sabar menunggu kitaorang
Gedik sempat lagi berposing  sebelum  diurut
Yuyi duduk santai sebelum  terapi reflexology wanita datang melakukan urutan ke atas kakinya
Yuyi sogok  Firdaus dengan  buku smurf  : )
ha ha ha  padan muka gula-gula hacks dapat  terapi reflexology  lelaki
Wajah berseri selepas mendapat khidmat urutan reflexology : )

Selepas hampir sejam ber reflexology perut masing-masing kelaparan.Kami singgah di Black Canyon Coffee untuk mengisi perut.
Aku dengan tomyam tak dapat dipisahkan
Gula-gula hacks punya
Gula-gula hacks
yuyi punya
Firdaus punya
minuman kami








Tarikh : 10 Aug 2013, Sabtu
Lokasi : Jaya Jusco Bukit Tinggi, Black Canyon Coffee, Body Revolution
Peristiwa : Cuti Hari Raya 2013





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .