Entah mengapa setiap kali takbir raya bergema hati ni sebak menanggung rindu pada yang telah tiada. Sebak bila teringat saat-saat kami bersama menyiapkan persiapan terakhir Hari Raya. Maka sebab itulah setiap kali raya aku mengambil keputusan untuk bercuti bersama keluarga demi untuk meringankan beban kerinduan kepada keluargaku yang telah pergi meninggalkanku buat selama-lamanya. Bukan niat dihati nak lari dari menghadapi kenyataan aku cuma tak sanggup melukakan hati dan perasaan sendiri.
Cerita pasal tempat penginapan, kami masih memilih Swiss Garden seperti tahun lepas tapi raya tahun ni kami memilih Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut. Nak buat review memang aku tak reti tapi dari pengalamanku sendiri yang pernah menginap dikedua-dua Swiss Garden rasanya tidak keterlaluan kalau aku katakan Samsara Spa Swiss Garden adalah antara SPA hotel terbaek yang pernah aku kunjungi .Selain itu antara faktor lain yang menyebabkan swiss garden kembali menjadi pilihan kami adalah kerana lokasi percutiannya menarik, unik dan jauh dari kesibukan kota dan disana juga menawarkan pelbagai pilihan restoran antaranya Garden Terrace, The Blossom Chinese Restaurant, The Swiss Deli,The Gayam dan etc
Kami bertolak dari rumah ke Swiss Garden Golf Resort &SPA Damai Lmut pada pukul 11 pagi.
Kami sampai di Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut lebih kurang pukul 2 petang
Bilik kami, ha ha ha tak sangka aku boleh terlupa nak ambik gambar bilik kami, cuma aku boleh bagitahu yang bilik kami betul-betul menghadap kolam mandi dan pantai
Sampai je terus melayan Firdaus mandi kolam mandi
first time mandi pakai cermin mata apa ke namanya gogel
Kolam mandi berhadapan dengan private beach
Kami order saje makanan seperti kebiasaan
Permandangan dari bilik kami
Garden Terrace Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut
Yuyi melayan Firdaus, aku hanya bersantai-santai ditepi kolam mandi
Gula-gula hacks dihadapan private beach
Private beach
Walaupun mood hari raya aktiviti outdoor aktif di sini, gula-gula hack tidak melepaskan peluang melayan ATV
Bilik kami
Sebelum berangkat pulang ke rumah anak-anak aku sempat bergambar bersama golf cart
The view ; Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut
Tarikh : 7-9 Aug 2013
Lokasi : Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut
Peristiwa : Cuti Hari Raya 2013
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .