Sunday, 25 August 2013

adik kata sedapnya ayam percek Chef Ismail kat Chicken Rice Shop ni, glurppp

Bangga jugelah aku and the  family  menjadi orang  pertama  sampai ke rumah terbuka  Datin Ros.  Cer teka Datin Ros yang mana  satu???  Datin rosmah man opsss nahi nahi . Fresh from farm masa  sampai rumah datin Ros tu kambing tengah dipanggang, aku terus terliur  tapi bila mengenangkan  tekanan darahku agak tinggi kusimpan saje  niat nak meratah kambing panggang . Nasib baiklah  datin ros menyajikan  nasi himpit bersama daging palembang  air tangannya, dapat juga  aku mengubat hati yang kempunan nak makan kambing panggang tak gitu  Echa @  Ratu kebaya .

Cerita open house ni intro baru nanti aku sambung lagi. Rasanya lebih baik aku cerita dulu kronologi  peristiwa selepas aku balik dari open house Datin Ros demi nak memberi laluan  kepada  rakan -rakan facebook  yang nak mengupdate  cerita open house tu ye dak .*cakap  sambil sembur asap  rokok gudang garam kat muka kak limah*


Apalagi jom  ke Jaya Jusco Bukit Tinggi

Kalau tak silap aku  ni kali pertama yuyi berbaju kebaya ke Jaya Jusco. Dari open house Datin Ros aku ajak dia  beli barang kat Jaya Jusco , saje nak kenakan dia. Terus jadi sopan santun dijalan raya : )

Terserlah ketembaman muka gula-gula hacks 
 Setelah hampir 1/2 jam mencari  rak kasut  akhirnya berjumpa juge
 Propa , rak kasut je pun.Opss bukan rak kasut je makcik beli sekali dish drainer stainless steel ko ado.....

Entah kenapa malam tu kitaorang sebulat suara setuju nak makan nasi ayam  Chicken Rice Shop. Rasanya kitaorang jarang  makan kat sini .Entahlah kadang-kadang aku rasa macam tak berbaloi je nak makan nasi ayam dengan  rega....cakap sambil kesat peluh di dahinya hurmmm tak payah cakap lagilah dah masuk perut pun.. 
Yuyi  ambik  menu  family delight  4 pax   dan ditambah dengan  ayam percek 
 Mana-mana makanan  yang kita orang rasa  pada masa tu tak boleh disumbat ke dalam perut  especially itu gado -gado sama itu tofu osyter sauce glurpp kitaorang  tapau bawak balik rumah
 Adik nilah yang kata ayam percek chef Ismail sedap : )
 Masing-masing menunjukkan  muka keletihan

Mari-mari murah barang mampu milik : )

Aku peminat tegar peralatan/perkakas  dapur stainless steel . Bukan setakat peralatan dapur je aku nakkan   yang stainless steel, hati  aku ni  pun  kalau boleh  nak stainless steel,  InsyaAllah : ) 




Tarikh : 24 Aug 2013, Sabtu
Lokasi : Jaya Jusco Bukit Tinggi, Chicken Rice Shop
Peristiwa : Jalan -jalan hujung minggu




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .