Kali terakhir rombongan cik kiah pergi ke pangkor pada tahun 1996 kalau tak silap aku masa tu umur yuyi 6 tahun , gula-gula hacks baru 5 tahun.Lihatlah dunia ; hampir 18 tahun berlalu akhirnya ahli rombongan cik kiah ke pangkor menjejakkan kaki di Pulau Pangkor sekali lagi.
Ahli rombongan cik kiah ke pangkor sempat berposing sebelum berangkat ke Pulau Pangkor
Wajah -wajah ahli rombongan cik kiah ke pangkor yang begitu teruja untuk menaiki bot ke Pulau Pangkor.
Lagi wajah ahli rombongan cik kiah ke pangkor
sempat lagi mengedik
Keselamatan diutamakan, sila pakai jaket keselamatan sebelum menaiki bot
Ahli rombongan cik kiah ke Pangkor sila baca doa sebelum memulakan perjalanan
Sempat lagi salah seorang ahli rombongan cik kiah ke Pangkor berposing di Jeti Swiss Garden Damai Laut
Boatman Swiss Garden sedang melakukan persiapan terakhir sebelum bergerak ke Pulau Pangkor
Ahli rombongan cik kiah ke Pulau Pangkor sedang bersiap sedia menunggu masa untuk menaiki bot
Jellyfish amat mengalu-alukan pemergian ahli rombongan cik kiah ke Pangkor
Bot Swiss Garden menjadi saksi keterujaan ahli rombongan cik kiah ke pangkor yang buat pertama kalinya menaiki bot ke Jeti Pangkor.
Dari Swiss Garden rombongan cik kiah ke pangkor terus dibawa oleh boatman Swiss Garden ke sekitar kilang Satay Hai Seng Hin di Sg Pinang Kecil yang femes sebagai kilang pembuatan makanan berasaskan hidupan laut seperti sotong , udang dan ikan.
Bagi kami yang tinggal di area Pelabuhan Kelang ,Pulau Indah dan Pulau Ketam mungkin tidak berapa teruja dengan permandangan sebegini.
wajah-wajah ceria ahli rombongan cik kiah ke Pangkor
ikan yang sedang dikeringkan
Apasal peace ahli rombongan cik kiah ke pangkor macam nak tak nak je?
Ahli rombongan cik kiah ke Pangkor sedang membeli belah apa yang patut
Sukanya ahli rombongan cik kiah ke Pangkor????
Ahli Rombongan cik kiah ke Pangkor seperti tak sabar hendak meninggalkan Sg.Pinang Kecil
Boatman swiss Garden bersama dengan suamiku yang juge boatman di sebuah syarikat swasta
Setelah hampir 20 minit kalau tak silap aku,rombongan cik kiah ke pangkor berada di atas bot maka akhirnya kami sampai di Jeti Pangkor. Sampai di Jeti Pangkor kami terus ambik kereta BMW(ayat penyedap hati) untuk meronda-ronda di sekitar Pulau Pangkor
Anak dara Pulau Pangkor manis-manis belaka
Destinasi pertama ; rombongan cik kiah ke pangkor secara terpaksa membuat lawatan sambil belajar ke Kota Belanda
Destinasi pertama ; rombongan cik kiah ke pangkor secara terpaksa membuat lawatan sambil belajar ke Kota Belanda
Firdaus ahli rombongan cik kiah yang paling bongsu bergambar bersama meriam peninggalan sejarah
Inilah kota belanda kesan penjajahan Belanda di Pulau Pangkor ye murid-murid
Ahli rombongan cik kiah sempat berposing di sebatang pokok. Harap maklum teruna yang berbaju melayu oren yang duduk di atas tangga tu bukan ahli rombongan cik kiah ke pangkor.
Wah ala ala Arnold susahnakeja oppsss aku ingat cakap dalam hati rupanya terkeluar
Selepas meronda dengan BMW(ayat penyedap hati) tak sampai 30 minit disekitar Pulau Pangkor, kami secara sukarela melepaskan BMW kepada ahli rombongan cik kiah ke pangkor yang berbangsa Cina. Kami mengambil keputusan berjalan kaki sahaja di sekitar jeti Pangkor.Di pertengahan perjalanan kami berhenti membasah tekak dengan durian Pangkor .Ko mampu basah tekak dengan durian? yang pasti durian pangkor memang sedap.
Kedai menjual hp merangkap gerai menjual durian ko mampu ke????
Hanya meja dan kerusi ini menjadi saksi betapa sedapnya durian tu
Pasangan kekasih dicekup sedang makan durian,oppss matik kalau laki aku baca : )
Durian Pangkor
Aku sudahi cerita ini dengan permandangan laut pangkor atau pangkor laut
Tarikh : 8 Aug 2013, Khamis
Lokasi : Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut, Hai Seng Hin ,Sg Pinang Kecil, Pulau Pangkor,Pulau Pangkor,
Peristiwa : Cuti Hari Raya 2013
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .