Saturday 9 February 2013

step by step light cheese cake bersama awek Sharnaaz Ahmad tak jadi ; berjuraianlah air mata shila hamzah

 Jangan bunuh diri ye bila aku bagitahu yang aku awek Sharnaaz Ahmad tak jadi. Aku tak tahu nak cakap apa dah .Aku tahu pagi ni aku bangun awal dalam pukul 5 , terus ke dapur buat light cheese cake untuk MIL. Nanti  tengahari aku ingatkan nak sambung buat rainbow cake tapi tak delah nampaknya . Baru sekejap tadi suami aku  bagitahu yang mak dia ajak makan makan di rumah dia tengahari nanti.Mati-mati aku ingatkan majlis makan-makan dan hari penyerahan angpau tu hari ahad. *dasar menantu materialistik*Nasib baiklah pagi tadi aku teringat nak membaking light cheese cake. Bila teringat light cheese cake aku terus gelidah blog hasue.

Resepi Hasue I love my life

Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Aku gandakan bahan-bahan almaklumlah penamak.

step 1

Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan dengan api perlahan.Biar cair..kacau selalu ye supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang.. tak payah tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api..ketepikan sekejap.



Boleh gitu masak dalam loyang: )

step 2




Sediakan 2 bekas,satu bekas besar sedikit dan yang satu tu sederhana laa seperti dalam gambar.. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan minyak ye. Seperti biasa,hasil terbaik adalah menggunakan telur yang segar..telur yang segar bukan sahaja menghasilkan kek yang sedap dan tidak berbau telur tapi meringue juga kejap je dihasilkan berbanding telur yang sudah lama.

Sekarang ambil bekas berisi putih telur,kita buat meringue dahulu..

step 3



Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi sehingga buih halus dan ringan. Adalah penting untuk meringue korang benar2 ringan untuk hasilkan kek yang ringan.  Kalau tak yakin gak,boleh buat seperti gambar di bawah..

Jangan meringue tertumpah ke lantai , kalau macam tu sah sah meringue korang tak menjadi.Meringue yang sudah siap. Mangkuk/bekas cuba diterbalikkan tetapi adunan tidak tumpah sebab ia sudah benar2 kental.

step 4

Sekarang ambil bekas berisi kuning telur dan pukul seketika.Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..

*PANASKAN OVEN PADA SUHU 160c sementara terus menggodek2 adunan ini


step 5

Tuang adunan dalam periuk tadi,tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur yang sudah dipukul tadi.Kacau seketika. Ayak tepung sedikit demi sedikit,(ayak separuh,kacau guna handwhisk dengan amat perlahan(juga boleh guna kaedah kaup balik kalau rajin..selepas tu ayak lagi tepung sehingga habis). Kacau guna hand whisk sehingga benar2 sebati.Tuangkan esen vanilla dan kacau lagi perlahan. Akhir sekali, Tuangkan meringue tadi ke dalam adunan. Di sini juga korang boleh guna handwhisk tapi harus mengacaunya dengan perlahan dalam bentuk satu arah pusingan dengan perlahan..Setelah agak2 meringue dah bercampur elok dengan adunan, gunakan senduk untuk kaup balik sekejap untuk benar2 pastikan ia sebati.


step 6



Ini adunan yang benar2 sebati. adunan yang sebati adalah warnanya sekata,tidak ada terlebih kuning di sebelah bawahnya jika di kaup balik.Sediakan loyang untuk membakar adunan.. korang boleh guna baking paper untuk alasnya tapi aku biasa griskan rata dengan marjerin/mentega lepas tu tabur tepung.



Letakkan loyang berisi adunan di dalam loyang yang lebih besar untuk membakar kek menggunakan kaedah 'bain marie' atau 'steam bath'.Tuangkan air panas ke dalam loyang(Rumah aku ni tak de loyang besar tu yang aku bantai buh air dalam tray) di bawah tu sehingga loyang berisi adunan hampir atau terapung sedikit(tak cecah loyang bawah dah)kira2,separuh loyang bawah tu berisi air panas..kalau tak terapung pun takpe..Sebelum dibakar,boleh la taburkan almond nibs atau almond flakes,grated cheddar cheese atau apa2 bahan yang sesuai ikut selera.. atau biarkan kosong sahaja..(aku buh balance kacang macadamia balance entah bila bulan aku pun dah lupa)


Bakar selama 45 minit dalam suhu 160 darjah celcius.Abaikanlah baking paper aku yang macam haremjadah tu, biasalah makcik tempe ni kerastangan.


Nampak tak di situ kekerasan tangan makcik tempe, aku tak pernah nak gunting elok -elok baking paper  itulah sebabnya bahagian tepi keliling kek aku tak rata , satu lagi sebabnya juge aku suka  main rentap je baking paper masa nak mengeluarkan kek dari loyang.ganaskan.
Light cheese cake ; gambar dari atas. makcik tempe yang terlampau .

Kami di makcik tempe bakery & cafe sedia menerima tempahan kek sebagai  hantaran kahwin & tunang  terutama hantaran pertunangan dan perkahwinan Sharnaaz Ahmad  je tau,haktuiiii

Kalau nak lebih banyak  resepi light cheese cake sila berkunjung ke blog
 HASUE.












HAPPY CHINESE NEW YEAR 2013




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )