Saturday, 31 August 2013

Resepi cepat dan mudah ; ikan kerisi masak sos

Selepas  berhempas pulas menyiapkan tart nenas untuk jamuan sekolah Firdaus  dua hari lepas, aku tak larat nak pergi kerja pada keesokkan harinya. Aku tak bagitau  Firdaus pun yang aku cuti,  tengahari tu dia balik sekolah  tanjat dia tengok aku kat dalam  rumah. Masa dia sampai , aku baru terhegeh-hegeh nak masak .Bila  tinggal berdua je ngan Firdaus  aku masak yang simple-simple. Aku goreng  sayur kangkung  ngan   ikan kerisi  masak sos je.

sayur kankung ni aku beli  minggu lepas tapi  tahap kesegaran dan kehijauannya masih seperti sediakala.  Nak tahu rahsia keremajaannya sila layari opsss tak de rahsia sangat pun, cuma aku selalu bungkus sayur- kangkung  serta sayur-sayuran berdaun hijau yang lain pakai  kertas surat khabar.InsyaAllah sayur akan kekal segar dan hijau hingga seminggu .
Sayur kangkung ni aku goreng dengan ikan bilis je.Mula-mula    tumis   bawang putih plus bawang merah kisar. Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan sedikit cili api kisar , tumis sekejap kemudian masukkan sedikit ikan bilis kisar, dikacau sekejap. Akhir sekali  masukkan sayur kangkung tadi bersama  sos tiram dan sedikit air. Kacau sebati dan pandai-pandailah seimbangkan rasa.
 
Sos cili  Life sentiasa di hati
Bahan-bahan
1)2 ekor Ikan kerisi sederhana besar/ digoreng garing
2)1 sudu kecil  cili api kisar
3)1/2 biji bawang holand/dihiris
4)sebatang kayu manis
5)5 sudu besar sos cili Life
6)sebiji tomato sederhana besar  dibelah 6
7)garam dan gula
8)lebih kurang 100 ml air

  Cara memasak
1)Panaskan minyak dan tumis  hirisan bawang dan kayu manis sehingga naik bau
2)bila bahan tumisan dah naik bau , masukkan cili api kisar dan tumis sekejap
3Akhir sekali masukkan sos cili  bersama air .Kacau dan biarkan  mendidih .Kalau rasa sosnya pekat sangat  boleh tambah air.
5)Sebelum diangkat perasakan dengan gula  dan garam. Pandai-pandailah seimbangkan rasa.
6)Angkat  dan curahkan sos di atas ikan.
 Ikan  kerisi masak  sos



Tarikh : 29 Aug 2013, Khamis
Lokasi  : Rumah sendiri
Peristiwa Juadah  makan tengahari





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang