Monday, 2 September 2013

Resepi lamb chop mudah dan sedap.yang penting sedap....................

Aku ni memang  tak berapa suka nak keluar rumah dihari minggu kecuali terpaksa.Bagi  ibu-ibu yang bekerja macam aku ni, hari minggu adalah hari untuk berehat dengan keluarga dan berehat dari sebarang  aktiviti outdoor. Tapi bila minggu  ni kat rumah tak de air , nak tak nak  terpaksa keluar juga dari  rumah  mencari makanan .Alang-alang dah pergi mencari makanan di Jaya Jusco Bukit Raja, aku beli   sekali bahan-bahan  basah macam buah, sayur , daging ngan ayam.Sampai rumah aku terus ke dapur perap ayam dan lamb shoulder yang aku beli tadi.
Rempah perapan lamb chop
Bahan kisar
Honey dan sos tiram


 Sambil menyelam minum air, sambil perap lamb shoulder ku perap ayam sekali

Bahan -bahan untuk perap lamb shoulder (Anggaran 7 keping lamb shoulder)

1)6 keping lamb shoulder
2)5 cm halia, 1 cm kunyit hidup, 4  ulas bawang putih dan 4 ulas bawang merah-dikisar
2)3 sudu besar Honey
3)4 sudu besar Sos tiram
4)4-5 sudu besar lada hitam kisar
5)1/2 sudu kecil  serbuk  Jintan manis , 1/2  sudu kecil jintan putih dan 1/2   sudu kecil serbuk  ketumbar, 
6)Sedikit kicap cair penganti garam
Cara menyediakannya
1)Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas (Agak-agak muat untuk letak lamb shoulder tu)
2)Masukkan lamb shoulder  ke dalam  bahan perapan tadi  dan gaul sebati
3)Perap lamb shoulder selama 5-6 jam atau semalaman
4)Bakar lamb chop sampai masak.Aku bakar guna chefel , CHEFEL  bukan TEFAL  murid -murid sebut betul-betul  ye. Makcik tempe tak mampu lagi beli TEFAL.


Baked Potatoes
 Black pepper sauce

Bahan-bahan untuk black pepper sauce versi makcik tempe yang pemalas kata resepi lamb chop mudah  : )
1)Saki baki bahan perapan
2)2 tbsp sos tiram
3)2 tbsp sos tomato
4)4 sudu besar lada hitam kisar 
6)2tbsp brown sugar
masak dalam periuk bersama ngan  200-300 ml air hingga agak mendidih.Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan  tepung jagung atau tepung ubi


                                                Tuang  black pepper sauce di atas lamb chop

Aksesori untuk dihidang bersama lamb chop(anggaran 7  keping lamb chop)

1)Tartar sauce ; mayonis digaul bersama dengan bawang holand yang dipotong dadu kemudian diperah dengan sedikit  lemon jus(kuantiti lemon jus dan bawang mengikut kuantiti mayonis)
2)1/2  batang Carrot dimayang sederhana halus-ketepikan
3)10 keping hirisan tomato
4)baked potatoes 
Cucukkan-cucukkan  5-6  biji kentang yang dah telah siap dicuci dan dikeringkan ngan garpu  kemudian lumurkan kentang ngan sedikit salted butter. Balutkan kentang tadi dengan aluminium foil sebelum dibakar selama sejam pada suhu 180 darjah celcius

Cadangan menu hidangan ketika anda menjalani proses berdiet.Ada rasa macam nak muntah pulak pui pui pui
Lamb chop untuk adik
Lamb chop untuk comi yang kucingtaik

Apasal adik buat  lidah macam tu???







Tarikh : 1 Sept 2013, Ahad

Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan malam







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .