Showing posts with label nasi goreng cina. Show all posts
Showing posts with label nasi goreng cina. Show all posts

Monday, 22 June 2015

Juadah sahur mudah dan ringkas budak-budak suka

Salam Ramadhan


Sempena  ramadhan bulan yang penuh barakah ni, syukur Alhamdulillah cik ina semakin rajin update blog. Harap kerajinan cik ina berkekalan . Tapi biasalah, bila update blog dalam bulan ramadhan ni  ceritanya berkisar lebih kepada masak,juadah sahur dan juadah berbuka. Cakap pasal sahur ni,ada dua pilihan bersahur. Sahur dengan makanan berat-berat dan sahur dengan makanan ringan dan mudah. Terpulang pada citarasa masing2. Sesiapa yang memilih bersahur dengan makanan berat -berat bolehlah buat nasi goreng cina yang macam cik ina  buat ni.


Resepi nasi goreng cina
Bahan-bahannya
1)4 cawan nasi
2)1/2 biji bawang holand[dipotong nipis]
3)4 ulas bawang putih[dicincang]
4)1 keping fish cake[dipotong nipis]
5)3 helai daun kobis panjang[dihiris  nipis]
6)4  biji telur 
7)kicap cair secukupnya
8)lada sulah
9)minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak, tumis  bawang holand  dan bawang putih  hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan fish cake ,kacau sekejap..
3)Masukkan kobis panjang dan kacau sedikit
4)Ketepikan bahan dalam kuali ke  tepi kuali.Pecahkan telur ,biar  ia mengeras sedikit baru dikacau. Biarkan telur  sedikit garing.
5)Masukkan nasi sejuk-Gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul 
6)Perasakan dengan kicap cair dan lada sulah. Titiskan minyak bijan  beberapa titis .
7)Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum.





Cik ina guna kicap cair yuen chun



Nasi goreng cina ni tak pedas sesuai untuk budak-budak

Kalau suka boleh layan nasi goreng cina  bersama kicap cili (Hirisan cili api bersama kicap cair) 


Ayam goreng ni  atas permintaan adik. Buatnya mudah je, suku bahagian ayam belah peha ,  dipotong kecil kemudian dibersihkan dan digaul dengan garam dan rempah kari. Biarkan sekejap kemudian  goreng ayam tadi hingga garing.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 18 February 2015

Ayam goreng mengcongkam style cik senah,langkah demi langkah

 Salam  Rabu,

Takziah kepada keluarga  Allahyarham Tuan guru Dato Nik Aziz Nik Mat. Semoga  Allahyarham telah pergi dalam khusnul khatimah dan dicucuri rahmat Allah SWT ,Al .Fatihah. Melihat di TV1 lautan manusia mengiringi  jenazah Allahyarham Tuan guru Nik Aziz ke kubur, cik senah  teramat sebak dan mengalirkan air mata. Ternyata mereka semua amat menyanjungi keperibadian  Allahyarham. Umat Islam negara ni telah kehilangan tokoh ulama dan pemimpin yang berpengaruh dan disegani. Pemimpin silih berganti,tapi Almarhum Tuan guru Nik Aziz tiada galang ganti. Walaupun Allahyarham sudah tiada dan telah meninggalkan kita tapi segala pengorbanan dan  jasa Allahyarham akan sentiasa tersemat dihati kita semua.



Masa cik senah di dalam bilik tengah sebak & sedu sedan  menonton secara langsung upacara pengkebumian jenazah Allahyarham Tuan guru Dato Nik Aziz , tetiba suami terjengul muka pintu.Dia tanya cik selalunya cik senah masak nasi berapa cawan . Cik senah cakap buat apa nak masak nasi, pagi tadi cik senah udah masak nasi goreng. Haouk aloh ingatkan apalah yang penting sangat.Kacau daun je suami cik senah ni,tak bolehlah nak feeling sebak jap.Selang beberapa minit,suami terjengul lagi.. Dia tanya bila cik senah nak goreng ayam?. Sekejap lagi adik dah nak balik sekolah  .Cik senah cakap baru pukul 11,kalau goreng awal sangat nanti  sejuk tak sedap makan. Tetiba je kan suami tukar job. Cik senah terus melangkah keluar dari bilik. Takde mood dah nak tengok tv. Baik cik senah pergi goreng ayam.



RESEPI AYAM GORENG MENGCONGKAM
Bahan-bahan
1)1/2  ekor ayam dipotong sederhana besar
2)2 cm halia[dikupas kulit]*
3)4 ulas bawang putih[dikupas kulit]*
4)1 biji telur
5) 1 sudu besar rempah kari
6) 3 sudu besar tepung gandum & 3 sudu besar tepung  beras
 Cara menyediakannya
1)Ayam dicuci berseh dan digaram kunyit
2)Kisar  bahan bertanda bintang bersama sedikit air hingga halus.Ketepikan
3)Didalam satu bekas, Satu ayam, bahan kisar dan rempah kari. Gaul rata.Perap ayam  sekurang-kurangnya 1/2 jam
4)Gaul ayam yang telah diperap bersama telur kemudian gaul pulak dengan  tepung
 
5)Goreng  ayam dalam minyak yang banyak dan betul2 panas
Cubalah resepi ayam goreng style cik senah ni : )











Cukup setakat ni saje pengkongsian cik senah untuk hari ni,  bila ada masa lapang nanti cik senah update    lagi. Sebelum terlambat cik senah ingin mengucapkan  Happy Chinese New Year  kepada semua penganut agama Buddha. Berhati-hatilah ketika memandu sempena perayaan tahun baru cina ni. Pandu  cermat jiwa selamat














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 30 July 2013

menu sahur paling simple dan mudah ; top 5 nasi goreng cina : )

Memandangkan  hari ni aku sahur bertiga  maka dah tentulah aku masak  juadah sahur yang simple je . Bila cakap pasal  lauk pauk atau juadah simple ni aku teringat pada seorang kawan ofis , Suatu hari dia tanya aku 
"akak  bawak bekal nasi lauk apa  hari ni?
Spontan aku jawab , "lauk simple je, tomyam dengan telur dadar."
"tu lauk simple akak kata,saya kalau simple tu  telur goreng je,"sambil kepala menjengah ke dalam bekas makanan aku
"oh ye ke, simple istilah akak pulak  lauk tomyam, pindang ikan , sup ayam , sardin goreng , nasi goreng,bihun atau mee goreng .Biasalah kan  ,lain padang lain belalang lain orang lain ragam ye dak?  

Bahan untuk membuat nasi goreng cina (anggaran 3 orang  makan)

1) semangkuk nasi sejuk
2)1 labu bawang holand -dihiris nipis
3)4 ulas bawang putih-dicincang 
4)Sekeping dada ayam-dihiris  kecil 
5)3 tangkai  sawi hongkong atau kobis cina-siang sayur, basuh dan tuskan
6)3 biji telur
7)minyak bijan
8)kicap cair 
9)black pepper & lada sulah  berperisa-aji shio 

Cara menyediakannya


1)Panaskan minyak(campurkan minyak dengan beberapa titis  minyak bijan)tumis hirisan bawang holand dan bawang putih cincang
2)masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
3) Pecahkan telur-kacau hingga telur agak garing
4)masukkan sawi hongkong -kacau sekejap
5)Masukkan nasi sejuk-Gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul
6)Masukkan  kicap cair diikuti dengan black pepper-pandai-pandailah seimbangkan rasa-kacau gunakan api kuat
7)bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma  tutup api, angkat dan hidangkan

Kalau suka boleh layan nasi goreng cina  bersama kicap cili (Hirisan cili api plus kicap cair) 

Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau

Nasi goreng cina ,juadah sahur simple istilah aku 
Juadah  sampingan - chicken nugget Ramly







Tarikh : 30 July 2012,Selasa
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah bersahur







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak . 



Monday, 20 May 2013

Nasi goreng cina ; segalanya mudah dengan Seasoning Maggi sos perasa


Dipasaran terdapat berbagai-bagai  jenis produk   seasoning powder dan seasoning sos.Samada untuk masakan harian ataupun untuk menyedapkan makanan,yang jelas produk ni direka khas untuk memudahkan kerja memasak kita di dapur. Sebagai seorang ibu yang bekerja sepenuh masa,mempunyai anak yang masih bersekolah dah tentulah aku tak punya  masa untuk memasak menu-menu yang berat. Sehinggakan masa untuk  anak dan suami sendiri  amat terhad.Biasanya pada hari bekerja aku memilih untuk memasak  menu ringkas-ringkas saje tak pun tapau makanan dari luar . Berikut adalah cadangan beberapa menu makan tengahari dan makan malam ringkas  bersesuaian dengan  ibu bekerja .
a)semua  jenis nasi goreng, mee atau bihun goreng
b)ayam atau ikan goreng
c)semua jenis sup (terutama sup ikan ayam atau sayur)
d)Semua jenis hidangan sayur goreng

Seasoning just a few drop to every dish *ciplak je ayat kat botol tu*

1/2 ikat sawi hongkong
 


Bahannya mudah saja

1)Gaul sekata  nasi sejuk bersama  sedikit garam 
2)4 ulas bawang merah-dihiris
3)6 ulas bawang putih-dicincang 
4)5-6 biji fish ball-dibelah tiga
5)Sekeping dada ayam-dihiris  kecil 
6)1 ikat sawi hongkong-siang sayur, basuh dan tuskan
7)2 biji telur
8)beberapa titis minyak bijan
9)beberapa titis seasoning maggi


cara menyediakannya

1)Panaskan minyak(campurkan minyak dengan beberapa titis  minyak bijan)tumis hirisan bawang merah dan bawang putih cincang-guna api sederhana
2)Masukkan hirisan ayam-kacau hingga ayam separuh masak
3)masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
4) masukkan hirisan fishball
5)masukkan sawi hongkong -kacau dan kaup hingga bergaul sayur dengan bahan tumisan
5)pecahkan dua biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
6)Masukkan nasi sejuk-Gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul
7)Masukkan 5-6 titis seasoning maggi sos perasa kemudian kacau sebati -gunakan api kuat
8)Sesuaikan rasanya kemudian angkat dan hidangkan

Kalau suka boleh layan nasi goreng cina  bersama kicap cili (Hirisan cili api plus kicap cair) 


Nasi goreng cina pujaan hati Firdaus
Dimakan bersama ayam bob baki lauk makan malam
poyo, boleh pulak dia buat muka serius masa  tengah makan nasi goreng cina dengan ayam bob
nasi goreng cina bersambung masa breakfast  dimakan bersama  telur mata kerbau







Tarikh : 13 May 2013,Isnin
Lokasi  : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan malam cum breakfast









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .