Takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan guru Dato Nik Aziz Nik Mat. Semoga Allahyarham telah pergi dalam khusnul khatimah dan dicucuri rahmat Allah SWT ,Al .Fatihah. Melihat di TV1 lautan manusia mengiringi jenazah Allahyarham Tuan guru Nik Aziz ke kubur, cik senah teramat sebak dan mengalirkan air mata. Ternyata mereka semua amat menyanjungi keperibadian Allahyarham. Umat Islam negara ni telah kehilangan tokoh ulama dan pemimpin yang berpengaruh dan disegani. Pemimpin silih berganti,tapi Almarhum Tuan guru Nik Aziz tiada galang ganti. Walaupun Allahyarham sudah tiada dan telah meninggalkan kita tapi segala pengorbanan dan jasa Allahyarham akan sentiasa tersemat dihati kita semua.
Masa cik senah di dalam bilik tengah sebak & sedu sedan menonton secara langsung upacara pengkebumian jenazah Allahyarham Tuan guru Dato Nik Aziz , tetiba suami terjengul muka pintu.Dia tanya cik selalunya cik senah masak nasi berapa cawan . Cik senah cakap buat apa nak masak nasi, pagi tadi cik senah udah masak nasi goreng. Haouk aloh ingatkan apalah yang penting sangat.Kacau daun je suami cik senah ni,tak bolehlah nak feeling sebak jap.Selang beberapa minit,suami terjengul lagi.. Dia tanya bila cik senah nak goreng ayam?. Sekejap lagi adik dah nak balik sekolah .Cik senah cakap baru pukul 11,kalau goreng awal sangat nanti sejuk tak sedap makan. Tetiba je kan suami tukar job. Cik senah terus melangkah keluar dari bilik. Takde mood dah nak tengok tv. Baik cik senah pergi goreng ayam.
RESEPI AYAM GORENG MENGCONGKAM
Bahan-bahan
1)1/2 ekor ayam dipotong sederhana besar
2)2 cm halia[dikupas kulit]*
3)4 ulas bawang putih[dikupas kulit]*
4)1 biji telur
5) 1 sudu besar rempah kari
6) 3 sudu besar tepung gandum & 3 sudu besar tepung beras
Cara menyediakannya
1)Ayam dicuci berseh dan digaram kunyit
2)Kisar bahan bertanda bintang bersama sedikit air hingga halus.Ketepikan
3)Didalam satu bekas, Satu ayam, bahan kisar dan rempah kari. Gaul rata.Perap ayam sekurang-kurangnya 1/2 jam
4)Gaul ayam yang telah diperap bersama telur kemudian gaul pulak dengan tepung
5)Goreng ayam dalam minyak yang banyak dan betul2 panas
Cubalah resepi ayam goreng style cik senah ni : )
Cukup setakat ni saje pengkongsian cik senah untuk hari ni, bila ada masa lapang nanti cik senah update lagi. Sebelum terlambat cik senah ingin mengucapkan Happy Chinese New Year kepada semua penganut agama Buddha. Berhati-hatilah ketika memandu sempena perayaan tahun baru cina ni. Pandu cermat jiwa selamat
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .