Hari ni hari Khamis, esok hari Jumaat, tulat hari sabtu tulat lagi ahad, yeah yeah seronoklah hari sabtu, Ahad tak kerja.Entahlah... semenjak kebelakangan ni aku dah macam bosan nak kerja.hurmm mungkin sebab duit aku dah banyak kot... sejujurnya bagi aku , jawapan tu jawapan paling bangang yang boleh buat orang lain benggang.kah kah kah. Aku sebenarnya dah tak larat dah , tak tahu nak cakap macam mana. Tak payah cakaplah,kalau aku citer pun bukan korang paham. Okeylah aku nak cerita pasal juadah makan tengahari yang aku masak sebelum pergi kerja pagi tadi. Aku masak dua lauk je ,ayam goreng kicap sempoi & baby lettuce goreng bijan
RESEPI AYAM KICAP SEMPOI
Bahan-bahan1)(Campuran dada dan peha)12 ketul ayam yang dipotong kecik kemudian perap ayam bersama dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan rempah kari selama 1/2 jam.
2)Tomato ceri 5 biji[dibelah dua]
3)4 ulas bawang merah[dihiris]
4)4 ulas bawang putih[dihiris]
5)12 tangkai cili api[dibelah dua]
6)Kicap kipas udang lemak manis secukupnya
7)Air secukupnya
Cara menyediakan
1)Gorang ayam hingga garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali,Tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3)Masukkan cili api dan tomato ,kacau sekejap.
4)Masukkan kicap kipas udang lemak manis dan air secukupnya[Kalau nak kuah lebih boleh lebihkan kicap]
5)Akhir sekali , apabila kuah kicap hampir pekat,masukkan ayam goreng tadi.Kacau sekejap kemudian angkat
Ayam kicap sempoi tapi sedap , yang penting budak budak suka
Bijan
RESEPI BABY LETTUCE (YAU MAK TAM)GORENG BIJAN

Bahan-bahan
1)Lettuce secukupnya
2)1/2 sudu besar bijan
3)3 ulas bawang putih[dicincang]
4)Garam secukupnya
Cara menyediakan
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak ,tumis bawang cincang hingga naik bau
2)Masukkan bijan, tumis hingga naik bau
3)Masukkan baby lettuce, taburkan sedikit garam ke atasnya.Kaup balik kemudian angkat
2)1/2 sudu besar bijan
3)3 ulas bawang putih[dicincang]
4)Garam secukupnya
Cara menyediakan
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak ,tumis bawang cincang hingga naik bau
2)Masukkan bijan, tumis hingga naik bau
3)Masukkan baby lettuce, taburkan sedikit garam ke atasnya.Kaup balik kemudian angkat
Baby lettuce goreng bijan
Sejuk sejuk macam ni perut asyik lapar je kan. Okeylah, cau dulu nanti ada masa mak update lagi.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .