Tuesday, 11 November 2014

resepi mudah dan ringkas ; bendi goreng cili ohsem

Salam Selasa,


Cak !!!!! tengah buat apa tu? jangan cakap dengan  odah yang korang tengah buat bodoh .Don't play play odah tengah tension ni. Entahlah , odah rasa tak aman dah nak duduk dalam opis ni semenjak  kehadiran jiran  lelaki yang tak diundang   disebelah nun. Lokasi sebenar harus dirahsiakan bagi mengelak odah jadi bahan umpatan sorang rakan ofis tu.Rimas lemas odah Sebenarnya dah lama odah nak cerita  pasal jiran tak diundang tu  Tapi hati ni berbelah bagi pulak ,rasa macam  nak cerita,  tak nak cerita, cerita  je lah. Masa mula-mula dia masuk adalah rasa macam "alamak " Baiknya budak ni  ,buat kerja dia je,.Kalau orang tak tanya dia tak cakap. Kalau tanya sepatah , dia jawab sepatah.  Ya, itu dulu, sekarang ni dia dah mula tunjuk belang. Belang dianggota badannya semakin lama semakin terserlah. Dia ingat Odah ni pegawai Welfare, setiap kali jumpa odah , mengadu lapar, minta karipap dan sebagainya.Budak lelaki gaji 3-4 ribu minta odah cleaner karipap , annoying giler ok.  Sekali atau dua kali bolehlah odah layan kehendaknya tapi kalau dah sampai tisu lap hingus  pun nak mintak odah, bukan sekali 5-6 kali u really make my blood go upstairs.Kemuncak kemarahan odah kat dia ,bila dia dengan selamba badaknya tanya odah "kak, mana biskut hari tu.? Odah terdiam 3 saat sebelum dengan penuh tenangnya menjawab "kan dah lama habis."  Haish ada yang  makan penampau siam jugak dengan odah nanti. Sekianlah cerita budak suka mengicak karipap. Semoga Allah SWT selalu  memberi odah  kesabaran

Okey, stop cerita  pasal budak tut tut, odah nak  cerita  ketang ketung pagi tadi.Macam sedap macam sedap  je tengahari tadi odah makan lauk pauk odah yang ohsem ,  bendi goreng cili, telur dadar, tomyam ayam dengan nasi putih . Tetiba odah terasa  berada dalam lif yang odah tekan sendiri.tut tut tut

RESEPI BENDI GORENG CILI
Bahan-bahan
1)12 batang bendi muda [dicuci berseh]
2) 5 biji cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih [dihiris nipis]
4)Secubit gula & secubit garam
5)1/2 gengam ikan bilis[dicuci berseh dan toskan]
6)1/2 sudu besar sos tiram
7)Secubit gula & secubit garam
Cara memasak
1)Panaskan sesudu besar minyak masak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga wangi
2)Masukkan ikan bilis dan tumis sekejap
3)Tumiskan cili api kisar hingga pecah minyak 
4) Masukkan kacang  bendi yang dihiris serong-serong terus ke dalam tumisan
5) Tabur garam dan gula, kacau  guna keadah kaup balik hingga bendi sedikit empuk
6)Masukkan sos tiram, kaup balik sekejap kemudian tutup api

Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau. Jangan potong bendi terlalu awal untuk mengelakkan bendi berlendir.Sebaiknya bendi dipotong setelah bahan tumis di tumis garing.



Bendi goreng cili odah yang ohsem

Tomyam ayam

RESEPI TOMYAM AYAM
Bahan-bahan
1)1/2 ekor ayam dipotong sederhana besar dan dicuci berseh
2)1  1/2 kiub sup tomyam maggi
3)1 labu bawang holland [dihiris nipis]*
4)3 ulas bawang putih[dihiris nipis*
5)2cm halia[dihiris kasar]*
6)5 biji cili api[dibelah dua]*
7)3 batang serai [dibelah dua]*
8)3 helai dun limau purut*
9)1 batang carrot kecik[potong baji]
10)1 biji tomato[dipotong baji]
11)garam secukupnya
12)600 ml air
Cara memasak
 1)Panaskan 1/2 sudu besar minyak masak  dan tumis bahan bertanda bintang hingga naik bau.
2)Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan Ayam ,kiub sup  tomyam  maggi ,tomato dan carrot .Biar ayam kecut sekejap.
3)Masukkan 600 ml  air .Biar sampai carrot empuk
4)Sebelum angkat bubuh sedikit garam.Pandai-pandailah seimbangkan rasa. Jika suka masam , boleh perah sebiji limau nipis


Telur dadar simple ; Pecahkan 4 biji  telur ke dalam sebuah bekas , masukkan sedikit kicap cair , secubit parsley flakes dan  bawang  holand yang telah didadu. Pukul sekata .Panaskan pan dan masukkan bancuhan telur. Masak hingga garing.








Sekian terima kasih, majulah sukan untuk negara















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang