Showing posts with label aneka resepi kek. Show all posts
Showing posts with label aneka resepi kek. Show all posts

Friday, 12 December 2014

Resepi kek butter @dapursuemeizi terbaek



Salam Jumaat,

Assalamualaikum.Tengah buat apa tu? Hurmmmm bercinta cik senah nak pergi kerja hari ni. Almaklumlah semalam  Selangor kan cuti . Pakkal  cuti tahun cik senah dah habis,kalau tak mau cik senah cuti hari ni. Hurmmm kemain bercinta semalam cik senah  bawak adik tengok movies kat  MBO Subang Parade ,tak henggat . Alah, sekarang ni kan cuti sekolah okey kut bawak anak tengok movies . Enjoynya adik, minggu lepas tengok Movie  Big Hero, semalam pulak tengok movie Penguin of Madagascar .Dalam minggu ni je  dua kali dah cik senah belanja adik tengok movie. Double enjoy lepas habis  tengok movie penguin of madgascar   cik senah bawah adik makan...Makan mana nanti  cik senah cerita  ye .Muah cikit.

Okey , berbalik pada tajuk entry  cik senah, Petang semalam cik senah membako kek butter sementara menunggu cite kiwak (as per my fren) bila hati berbicara habis tu tak kiwak bila jalan  ceritanya meleret pada setiap plot.hehehe 

Saper berminat dengan kek butter  boleh ambik resepi dibawah.

RESEPI KEK BUTTER
Sumber resepi : Instagram  @dapursumeizi
Bahan-bahan
1)250gm  Butter[cik senah guna SCS salted butter]
2)1 atau 1/2 cawan gula castor[cik senah guna 1/2 cawan]
3) 4 biji telur[cik senah guna 3 biji telur size extra large]
4)1/2  cawan susu pekat
5)1/2 tsp essen vanilla
6)2 cawan tepung kek [cik senah guna self raising flour blue key]
Cara menyediakanya
1)Panaskan oven 160-170' celcius
2)Pukul butter dan gula hingga kembang
3)Masukkan telur dan putar hingga kembang [sue  aka @ dapur suemiezi putar guna blender, cik senah  guna mixture]
4)Masukkan  tepung kek, putar pada tahap 1
5)Masukkan susu pekat dan essen vanilla
6)Masukkan dalam loyang dan bakar lebih kurang 45 minit



Tepung naik sendiri sumbangan  hari raya  tahun lepas dari majikan , cik senah baru guna semalam.   Sebenarnya  tepung ni dah lama dah  cik senah  bagi yuyi tapi minggu  lepas cik senah ambik balik.Hopefully siku cik senah baik baik saje : )

kek butter cik senah dalam proses  pemontokkan
Sekali hadap tinggal separuh kek


Musim hujan macam  ni layan kek butter dengan secawan nescafe panas perghhh sedap sampaikan  kucing mengiow kat tepi pun tak perasan







Okey kengkawan semua, cukup setakat ni je untuk hari ni. Akhir kata, majulah bola sepak untuk negara : )



























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 22 May 2014

Resepi kek gula hangus aka kek sarang lebah Zalin Zalina yang ohsemmmm ; Koleksi kek kegemaran keluarga

Tak sia-sia aku bersengkang mata malam tadi  menyiapkan  kek gula hangus, syukur Alhamdulillah setelah sekian lama mencuba akhirnya menjadi juga .Terima kasih kepada  Zalin Zalina kerana sudi share resepi kek gula hangus yang ohsemmm.

Kalau nak dapat  kek gula hangus yang lebih ohsemm peraplah adunannya  dalam sejam dua,he he he aku perap 20 minit je, boleh gitu

Resepi Kek Gula Hangus Zalin Zalina - 1 loyang lubang tengah(Aku tak de loyang lubang tengah aku guna loyang besa je)Aku buat dua adunan
Bahan-bahan
200gm gula
200ml air
20gm margerin
120gm tepung gandum
2sudu kecik bikabonat
1 cawan susu pekat
4 biji telur
Cara-caranya :-
1. Gula dihanguskan. Bila semua dah cair, kecikkan api, baru dimasukkan air
2.Air dah sebati dengan gula, baru masukkan margerin. 
3. Sejukkan air gula hangus.
4.Ayak tepung gandum dan bikarbonat kemudian tepung gandum tadi  digaulkan  menggunakan whisk di dalam sebuah bekas. 
5.Blend telur lebih kurang 2 minit...(kalau kaler dah putih tu maknanya ok la tu..)
6.Masukkan susu pekat. Blend lagi.
7.Masukkan telur dan susu pekat yang dah blend tu dalam bekas berisi tepung, pastu masukkan air gula hangus, kemudian kacau guna whisk.
8. Blend semua adunan.
9. Lenserkan margerin pada loyang. Tuangkan adunan yang dah diblend. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius 

Loyang pertama, habis dikerjakan somi dengan adik 
Loyang kedua besar sikit : )


cer teka jejari gebus saperkah itu???? ye!!!! betul  itu jejari adik
















Tarikh : 22 May 2014, Khamis
Lokasi : Rumahku Syurgaku


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 3 December 2013

butter kek butter kek nyanyi sebijik macam lagu coklat kek Dr.Fazley : )

Coklat kek nyanyian Dr.Fazley  ada resepi coklat kek didalamnya , ko ado????, salute to Dr.Fazley.Motip? Tak de apa peristiwa  penting pun yang berlaku hari ni  , saje je  aku nak bagitahu, hujan , cuaca sejuk  sepanjang hari di port Klang. Balik kerja tadi , aku kena hujan sikit.Sampai je rumah terus mandi. Apa yang aku tau aku  tak boleh kena hujan .Kena hujan sikit  tapi impaknya kepala  berdenyut terus menerus.Yang aku tak tahan tangkap mata sekali.Jawapannya tido.Selepas terlayang dalam sejam, bangun terus bedal seketul ayam kehapci.Lepas isi perut,aku  sambung landing sambil update blog.Inilah  hasilnya "enty butter kek".

Setelah  aku diperkenalkan  dengan fresh milk jenama farm fresh dua bulan lepas sejak tu aku dah tak  berpaling pada jenama susu yang  lain

*Bahan -bahan  untuk membuat butter kek

1)250 grams butter(aku guna tatura & Ballantyne salted butter)
2)150 grams castor sugar
3)250 gram  self raising flour
4)4 biji telur(suhu bilik)
5) satu sudu besar fresh milk
6)sedikit essen vanilla
Cara menyediakannya
1)Pukul butter dengan gula castor sampai kembang dan gebu
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)Masukkan essen vanila dan pukul sekejap
4)Masukkan  self raising flour sedikit demi sedikit sambil memukul  menguna mesin pemukul pada tahap
5)Akhir sekali masukkan fresh milk sedikit demi sedikit  sambil memukul
6)Rehatkan  adunan kek  dalam masa 20 minit
7)Bakar kek dalam oven selama 35-40minit pada  suhu 180 darjah celcius 
 
Aku  gandakan *bahan-bahanya sebab  nak menyediakan lebih kek .

putar jangan tak putar gula dengan butter sehingga kembang dan gebusss
oh my adunan butter kek
Butter kek yang hampir masak

Orang dalam rumah makcik suka butter kek yang agak lembab lembab
Berbaloi, butter kek ni dapat diagihkan sedikit kepada  pengasuh Firdaus dan rakan ofis








Tarikh : 26 November 2013,Selasa
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa :  exercise mata dan tangan






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 19 November 2013

Afternoon tea ; tea & butter kek ; Tunai permintaan anak

Aku tak boleh melelapkan mata,pusing kiri, pusing kanan.... serba tak kena,dok mengongoi gongoi macam budak kecik sepanjang malam tadi. Last last telan ubat tahan sakit kemudian tidur. Tapi yang tak bestnya , kesan ubat tahan sikit  membuatkan badan aku  tidak bermaya dan tekak loya, disebabkan masalah tu  aku kerap  ambik cuti sakit setiap kali hari pertama peod. Selalunya sebelum peod dan hari pertama peod  pinggang  rasa nak patah berselingan dengan rasa ngilu di ari-ari ...masa ni mari kita menyanyi dalam hati "bapak-bapak ibuk -ibuk saper yang  baik hati boleh pijak pinggangku".la la la la

Semalam seharian dirumah ,terbaring melayan sakit peod. Bila dah  reda sikit sakit, aku terus ke dapur dan masak..Lepas siap masak , masuk bilik sambung baring. Terjaga lebih kurang pukul 4 petang terus membongkar peti ais dengan penuh semangat ,berkobar rasa nak membaking kek butter untuk minum petang. Firdaus senyum  ,bila aku beritahu  dia yang aku nak buat kek.  lepas tu dia cakap, "nak, "nak,nak makan kek dengan Teh O  . Tiba-tiba aku rasa tersindir dengan senyuman itu..Terasa jugaklah dah lama tak membaking.

 Budak yang tak sabar menunggu  kek masak
Bahan -bahan  untuk membuat butter kek
1)250 grams butter(aku guna tatura salted butter
2)150 grams castor sugar
3)250 gram  self raising flour
4)4 biji telur(suhu bilik)
5) dua sudu besar fresh milk
6)sedikit essen vanilla
Cara menyediakannya
1)Pukul butter dengan castor sampai kembang dan gebu
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)Masukkan essen vanila dan pukul sekejap
4)Masukkan  self raising flour sedikit demi sedikit sambil memukul  menguna mesin pemukul pada tahap
5)Akhir sekali masukkan fresh milk sedikit demi sedikit  sambil memukul
6)Rehatkan  adunan kek  dalam masa 20 minit
7)Bakar selama 35 minit dalam suhu 180 darjah celcius

Butter kek ; Teh O
 Mulut tengah penuh dengan kek
Amboiiii!!!! sombongnya dia bila dah dapat makan kek dan minum teh O
 Tersopak sikit permukaan butter kek aku gara -gara kegelojohan sendiri
Happynya dia  makan kek sambil menonton spongebob









Tarikh : 18 November 2013, Isnin
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Afternoon  tea







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .