Friday, 7 June 2013

resepi tip top ikan cencaru goreng sambal, kacang panjang tumis goreng ; adik cakap kacang panjang goreng sedap

Malam tadi  masa aku tengah hanyut melayan epilog cinta khirana , masa tulah siadik sibuk mengisi sesuatu ke dalam mangkuk kecik.Masa aku tengah hanyut  nilah dia  sibuk nak makan .Tadi  aku  nak bagi  dia makan nasi dia tak nak. Dia cakap dah kenyang makan nasi kat rumah mama(pengasuh) .Yang buat aku geram tu masa aku  tengah  feelling -feelling tasha shilla nilah perut dia lapau. Adik bawak mangkuk kecik tadi ke depan kemudian adik makan sambil tengok vcd cerita kartun.Aku intai mangkuk tadi, O bulat rupanya  dia duk meratah kacang panjang goreng dengan aman damai .Bila adik  nak ambik kacang panjang goreng untuk  trip kedua  terus aku sergah dia. "diet konon,adik  kata dah makan nasi kat rumah mama, baru jap tadi adik  makan kek besday."  Adik tersengih-sengih sambil mengisi  kacang panjang goreng ke dalam mangkuk tadi. Tetiba je perut aku lapau lepas tengok epilog cinta Khirana. Percaya tak? adik pun menyelit  tumpang sekaki nak makan.
Ikan cencaru ni kenalah digoreng dulu ye dak.
Bahan-bahan utk membuat sambal ikan cencaru (anggaran 7 ekor ikan cencaru bersize sederhana)

1) 15 tangkai cili kering-direndam dalam air panas dan dikisar halus
2)7 ulas bawang merah-dikisar kering
3)asam jawa sebesar ibu jari-dibancuh dengan sedikit air
4)Garam, gula dan serbuk perasa

Cara menyediakannya

1)Panaskan minyak dalam kuali.
2)Tumis bawang kisar hingga agak garing-guna api sederhana
3)Tumis cili kering  hingga pecah minyak-guna api sederhana
4)Masukkan air asam jawa-Biarkan sambal mendidih
5)Masukkan garam, gula dan secubit serbuk perasa-seimbangkan rasa
6)Angkat sambal tadi dan curahkan di atas ikan goreng cencaru


ehem ehem ikan cencaru goreng sambal ni sedia untuk dihidang
Bahan-bahannya

1)1 ikat kacang panjang-dipatah atau dihiris lebih kurang 2 cm kemudian dibasuh dan dituskan
2)1/2 genggam ikan bilis
3)lebih kurang dua sudu besar cili kisar
4)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih   -dikisar kering
5)garam, gula dan secubit serbuk perasa

Cara menyediakannya


1)Panaskan lebih kurang  tiga sudu besar minyak
2)tumis ikan bilis hingga naik bau kemudian ketepikan di tepi kuali-kecikkan api
3)Tumis bawang kisar hingga nak bau-guna api sederhana
4)Tumis cili kisar  hingga pecah minyak-masih gunakan api sederhana
5)Masukkan kacang panjang-sentiasa kacau sehingga empuk-gunakan api kecil
6)Taburkan sedikit garam , sesudu gula dan secubit serbuk perasa.
7)Masukkan 150ml air -kacau sekejap
8)Tutup api dan sedia dihidang

Adik cakap kacang panjang goreng ni sedap.Aku rasa pun macam sedap.Tetiba aku rasa seperti naik lif tekan sendiri.stopp aku tak nak pergi tingkat 15.....







Tarikh : 6 June 2013, Khamis
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Masak-masak juadah makan malam, Menu makan malam






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .