Saturday, 22 June 2013

Niat yang suci disalah erti atau mungkin itu hanya sebuah pertanyaan jujur...

Aku nie peminat tegar char kuey teow.Kalau  diberi pilihan antara nasi dan char kueh teow  aku memilih char kueh teow. Seriously , aku memang tak boleh nampak kedai jual char kuey teow laju je aku nak  pergi beli char kuey teow. Dalam minggu ni je dah dua kali aku beli char kuey teow buat juadah makan malam.   Nampaknya selepas ni semakin keraplah aku beli char kuey teow buat juadah makan malam lelagi sejak Fendi char kueh teow  wujud  di laluan menuju kerumah aku  .Bila cakap pasal char kuey teow aku kena ingat  yang Firdaus ni allergic seafood , Jadi ,tak bolehlah aku nak pentingkan tekak sendiri  je . Selalunya aku belikan untuk Firdaus  Char kuey teow tanpa udang dan kerang .Tapi sampai bila  dia nak makan char kueh teow macam tu?Takkan tekak dia tak teringin nak makan  char kuey teow yang bergelimpangan  udang besar dan kerang ? Biarpun dia tidak pernah menyuarakan keinginannya untuk makan char kuey teow bergelimpangan udang dan kerang tapi bila dia mengajukan pertanyaan ;  "Mak, bila kita dah besar je  baru boleh makan udang ke? masa kecik tak boleh makan udang." Aku syak dia cuba  mengungkap  keinginan untuk makan sesuatu dalam bentuk  pertanyaan. Tapi entah mengapa pertanyaannya itu membuat aku rasa sebak."ciannya anak aku teringin nak makan udang,"hatiku berkata-kata.Serba salah nak jawab pertanyaan dia. Sudahnya, aku hulur  char kuey teow aku kat dia sambil pesan "adik tak boleh makan makanan laut macam udang,nanti badan adik gatal-gatal." Dia mengangguk tanda paham  sambil tangan laju mengopek kulit udang. Nampak gayanya selepas ni aku kena kurangkan aktiviti beli char kuey teow.

Fendi char kueh teow



















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .