Hargailah orang yang berbuat kebaikan pada kita biarpun kebaikan yang diberi itu sebesar zarah atau seketul kuih buat mengisi perut kita yang sedang kelaparan . Tak kanlah nak tunggu kawan kita belanja makan kat hotel mewah baru kita nak nampak atau hargai kebaikan dia ye dak. Janganlah macam tu kawan. Sudah menjadi lumrah manusia agaknya selalu susah nak nampak hal kebaikkan manusia sebab kita lebih tertarik untuk mengetahui keburukannya saje.Renung-renungkanlah dan selamat beramal.
Okeylah stop setakat tu; Memandangkan budak tengah cuti sekolah ni aku ambik kesempatan bercuti sehari pada hari jumaat lepas.Alah ambik cuti sehari je nak pergi melawat yuyi ditemani Firdaus. Kasihan pulak bila dengar suara tak sihat dengan hidung meleleh dia di corong telefon . Lagilah bila dia cakap selera makan tak de.
Memandangkan aku nak bawak bekal makanan pergi ke rumah yuyi maka hari Jumaat tu aku kenalah bangun awal sikit .Lebih kurang pukul pukul 12 aku siap kemas rumah dengan masak ,aku masak yang simple-simple je, sambal ikan kembung, lempeng tepung dengan kari ayam. Aku dengan Firdaus gerak dari rumah pukul 1 naik komuter ke rumah yuyi .
Sambal ikan kembung
Kari ayam style orang melayu. Ni semua gara -gara makan jemput bawang cicah kari ayam
akak ratu kebaya
Bingai , lempeng tepung tu dah tinggal sekeping baru aku teringat nak ambik gambar.
Dia ni tak payah cakaplah. pantang jumpa nasi. Lelagi masa cuti sekolah ni semedang lapar je
Badan akak yuyi cepat susut bila sakit .Akak yuyi dah kelihatan macam orang hisap pit. Dia kata tak selera makan tapi aku perhatikan kemain laju je dia makan makanan yang aku bawak. Seperti yang kita semua telah ketahui ,masakan ibu adalah masakan yang paling sedap di dunia bagi setiap orang anak kan : )
Tarikh : 31 May 2013,Jumaat
Lokasi : Rumah yuyi
Peristiwa : Juadah makan tengahari, lawatan tidak rasmi ke rumah yuyi,yuyi demam selsema
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .