Tuesday, 18 June 2013

ketuk -ketuk ramadhan 2013-juadah berbuka puasa edisi meluahkan perasaan

Kehidupan ni sukar dijangka ..semalam hari ini dan esok tidak sama . Tapi aku pasti  korang semua tahu yang menanti hari esok, esok masih ada ,tiada esok bagimu dan  esok masih adalah filem arahan  Tan Sri  Jins Shamsuddin. Bila bercakap pasal hari, bulan tahun ni tak sangka kan tidak lama lagi kita akan berpuasa. Jadi sebelum kita memasuki bulan ramadhan yang mulia bulan  yang  penuh keberkatan ni ada baiknya aku meluahkan apa yang terbuku dihati ni. Rasanya dah hampir 3 hari aku terputus hubungan dari dunia blog, gossip, dan  whatever yang membabitkan internet. Tapi  entah kenapa pagi semalam ....... rasa tak sabar je nak sampai ke tempat kerja nak bukak komputer  tetiba je aku jadi spesis manusia pelik yang mendambakan  komputer  tempat kerja  barangkali aku  merajuk dengan komputer sendiri kot.


Entahlah rasa geram, marah  dengan sesorang tapi tak dapat meluahkan kebenggangan , kemarahan, ketidak puasan hati  secara terang-terangan di sini.  Meluahkan secara samar-samar pun tak pe janji  memberi sedikit kelegaan pada aku .Kenapalah  ada manusia yang sampai hati menganiaya  barang hak milik orang lain . Dah berapa kali aku pesan jangan rosakkan barang aku tu tapi tak diendahkan...... nah sekarang apa dah jadi....barang tu dah jadi  mangsa penganiayaan pihak tertentu.Arghhh aku geram,sedih  barang tu rosak  belum reda sipenganiaya cuba mengundang amarah dan emosi aku dengan mengajukan soalan "awak marah ke saya rosakkan barang awak"  ulang 100X


Demi menjamin suasana harmoni ....................rasanya lebih baiklah  sipenganiaya itu tutup mulut dari terus merapu entah apa-apa.   Cubalah untuk belajar menghormati hak personal orang lain  atau menghormati pendapat lain.

Sempena bulan ramadhan yang akan menjelma tak lama lagi saya makcik sheila ruseli nak berkongsi resepi untuk juadah berbuka puasa puasa. Okey tuan-tuan dan puan-puan apa tunggu lagi  sila ambik pen dan kertas  untuk menyalin resepi 
Bahan-bahannya(untuk 3 set roti burger) 
1)Sebut betul-betul Bran Wheat Germ Gardenia-korang je nak pening-pening kepala pikir pasal roti ,tengok aku guna je roti  atuk nenek apa  pun janji halal, kekadang aku sedikit meluat pulak  dengan perangai orang Malaysia ni yang suka sangat nak pikir benda yang tak mendatangkan hasil dalam negara.
2)Mayonis
3)bawang holand
4)sos cili
5)daun salad
6)burger Ramly-AYAM.
Kalau suka boleh jugak guna roti Gardenia Classic Jumbo
1)cuci berseh dan tuskan  5 helai daun salad
2)hiris nipis setengah labu bawang holand
3)bakar roti hingga perang keemasan pada kedua-dua bahagian-susun dalam pinggan
1)Panaskan sesudu majerin , masakkan daging burger sampai lebam dan hingga masak  pada kedua-dua bahagian 
1)Susun burger ayam di atas roti yang dah siap dibakar
2)Susun atur hirisan bawang holang  dengan daun salad mengikut citarasa masing-masing
Letakkan mayonis berselang seli dengan sos cili mengikut citarasa masing-masing
Katupkan roti bahagian atasnya
Selamat menyambut Ramadhan 2013 buat pembaca blog makcik tempe 
Jangan suka fikir hal remeh temeh , fikirlah hal yang boleh menjana ekonomi rumahtangga






Sekian saje terima kasih , majulah sukan tanpa campurtangan ahli politik




Dari shaheila ruseli pencinta produk jenama Ramly






Tarikh : 7 June 2013, Jumaat
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Menu makan malam





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .