Wednesday, 26 June 2013

kesan positive jerebu ; dari kacamata isteri yang berkerja dan mempunyai anak yang masih bersekolah



"Yeah!!!!! esok  sekolah tutup.Malam ni adik tak payah kemas buku sekolah,"kata aku

"mak,, malam ni adik tidur lambat,adik nak habiskan  tengok cd,"kata adik sambil tersenyum
"okey,"jawab aku ringkas."adik tengok cd dulu.Mak nak basuh pinggan kat belakang nanti kalau adik  nak makan panggil ye."

 Aku keluar dari bilik dan terus bergerak menuju ke dapur.Selepas menyiapkan tugasan kaum ibu dan membersehkan badan , aku terus masuk ke bilik abang cum bilik adik. Pintu bilik  aku tutup.Aku naik atas katil .Firdaus lepak sebelah aku sambil tengok cd cite kartun.

Aku basahkan tangan  campurkan bedak   Sywe Pi Nann  dengan jari dan sapukan ke muka dan kaki ku yang  berkarat. Dalam diam ku berdoa supaya  kelihatan cantik berseri seperti janda jejai tak pun isteri jejai sekarang : )

"mak, apa tu?",tanya firdaus dengan penuh minat.
"bedak sejuk, meh mak sapu kat  muka serta  leher adik yang berdanau tu,"ujarku sambil membaring tubuh Firdaus disebelahku lalu menyapu  muka serta  lehernya   dengan Sywe pi Nann  sambil berdoa dalam hati supaya dia kelihatan kacak seperti Nazim Othman tak pun sofi jikan .

"aduhh mak , jangan sapu kuat-kuat , Firdaus geli." 

'hurmmm okey."  Dia ni  dulu lagi kini dan selama-lamanya   tak tahu nak bezakan antara rasa geli dan rasa sikit.

Selepas melakukan tugasan menyapu muka  serta  leher Firdaus , aku pun membaringkan badan dan menutup mata. Baru je nak terlayang, suami tolak pintu bilik.

"haishh !!!!apesal awak pakai bedak tebal mcm hantu,"tanya suami tidak puas hati

"alahhhhhh, ni bedak sejuklah." Aku terus tutup muka dengan bantal tanda protes. *part ni baca boleh percaya jangan*
"saya nak pegi punch card jap,"kata suami sambil menutup semula pintu bilik.

Aku membaringkan  diri , mencuba untuk menutup mata dan tertidur. Aku dikejutkan dengan bunyi alarm handphone pukul 4.30pagi . Mata aku terus pejam.Tangan laju mematikan alarm dan  set alarm pukul  5.15 pagi. Aku tersentak apabila sekali lagi alarm berbunyi, tangan laju  mematikan alarm, begitulah yang berlaku seterusnya .

Harap esok tak ada jerebu di lembah kelang ,"pintaku dalam nada sedih dan sebak





Shwe pyi Nann beli dari kawan ofis RM15 sebekas


Bedak ni berbau harum limau kasturi
Tu dia , baru pakai sekali dah macam Nazim Othman, belum pakai 100 kali

Yeah !!! esok tak sekolah saya boleh tengok cd sampai tengah malam











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .