Thursday, 13 June 2013

Ini bukan besday party Paris Hilton mahupun Lady Gaga tapi ni besday party budak darjah dua

 Seminggu sebelum berlangsungnya surprise besday party Firdaus , aku ada duk bersembang dengan akak  pasal harijadi Firdaus  kat meja makan kat rumah aku.  Akak cakap kat aku  yang  dia berhajat nak buat surprise besday party untuk Firdaus sempena harijadinya yang ke 8 tahun pada  6/6/2013. Aku cakap kat yuyi yang aku tak pandai nak buat surprise surprise besday party ni tapi kalau dia nak buat gak aku on je. Pada aku celebrate besday   ni sensitif , Sebelum ni tak pernahlah  aku celebrate besday anak-anak aku  yang lain ,  tak naklah dorang terasa bila aku celebrate  besday  untuk Firdaus  . Akak cakap dia pun macam aku gak tak pandai bab surprise besday party ni tapi dia kata benda -benda ni semua boleh bawak berbincang .Akak tanya pendapat aku macam mana nak atur surprise besday party untuk Firdaus.Aku cakap kat dia buat yang simple simple je , buatlah besday  party ni lebih kepada majlis perjumpaan keluarga. Masa kami tengah asyik bersembang, kami dengar  Firdaus melalak di dalam bilik air. Akak senyum  pandang aku. Dia bercakap dengan nada berbisik kepada aku, "Firdaus suka menyanyi, apa kata buat surprise besday party dia kat karaoke." Aku mengangguk tanda setuju. Bisik pada hati sendiri "Sekarang ni bagi dia peluang mencurahkan bakat  dalam bilik karaoke pulak." Selepas berbincang dengan panjang lebar kami sebulat suara bersetuju untuk mengadakan surprise besday party untuk Firdaus  pada 9/6/2013 di Green Box Jaya Jusco Bukit Tinggi.

 
Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf jika kualiti gambar dalam cerita aku kali ni agak kurang memuaskan .

Masa ni budak darjah dua tak tahu  tujuan kitaorang bawak dia ke Jaya Jusco Bukit Tinggi


Akak sedang berurusan dengan pekerja cina yang tak tahu @tak mahir berbahasa kebangsaan

Akak dan adik yang masih mencari keserasian dalam kehidupan seharian
belon berwarna warni menyambut kedatangan kami
Budak darjah dua yang masih terpinga-pinga melihat belon yang berwarna warni disegenap sudut bilik karaoke
Adik bongsu 1 
Juadah makan malam kami dari Green box
 Hidangan dessert untuk kami dari Green box
Juadah makan malam kami dari Green box

Minuman yang disediakan pada malam tu, Ribena, teh limau ais, Teh o, apa lagi lupa pulak

Masa kek besday ni akak bawak masuk ke dalam bilik karaoke, lidah masing-masing terasa kelu .   Tiba-tiba  suara akak menyanyikan  Happy besday to Firdaus memecah suasana senyap dalam bilik . Akak berhenti menyanyi dengan pantas  karaoke take over menyanyikan lagu besday untuk Firdaus. Sejujurnya kami tak pandai nak mengadakan surprise surprise party ni .

                Budak darjah dua sedang memerhatikan ayah yang sedang memasang lilin di atas kek

   Budak darjah dua yang masih terkejut melihat kek besdaynya.Almaklumlah teruja nak hembus lilin.

  My laling ni pemalu dan kurang bersosial , demi kerana anak tercinta terpaksalah hilangkan malu tu ye.
Akak   sedang memberi sokongan  moral kepada adik yang tengah gugup.
Adik sedang menyanyikan lagu Adele rolling in the deep , adik memang suka lagu-lagu Adele, abang pulak suka lagu Bruno mars
Datuk , Datin , Datuk sedang berkaraoke bersama
Akak hadiahkan adik Jumbo designer






Tarikh : 9 June 2013, Ahad
Lokasi  : Green Box Jaya Jusco Bukit Tinggi
Peristiwa : Besday Party Firdaus ke 8 tahun





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .