Pada pukul 4.30 petang semalam , aku terima panggilan telefon daripada pengasuh Firdaus. Entah mengapa hati ni mulalah rasa berdebar-debar setiap kali nombor hp pengasuh Firdaus muncul kat handphone aku masa aku tengah bekerja .Lelagi dia cuma akan call aku bila ada benda penting atau urgent saje.
"Assalamulaikum kak, ana ni." Nada suara Ana pengasuh Firdaus kedengaran begitu serius sekali
"Waalaikum salam, ye Ana kenapa? Aku tak sabar nak mendengar patah perkataan yang akan keluar dari mulut Ana.
"Akak, Firdaus tetiba je deman muntah muntah .
"Masa akak hantar dia okey kan. Bila dia start deman ngan muntah," tanya aku dengan penuh kehairanan.
"Baru petang ni .Dia makan je muntah,badan dedo sikit."
"akak nak cakap dengan Firdaus jap."
"Nanti jap kak ye, dia tengah muntah dalam bilik air. Firdaus!Firdaus!mak nak cakap sekejap,"jerit ana perlahan memanggil nama Firdaus.
"Assalamulaikum,Firdaus okey tak?
"Walaikum Salam, Firdaus tak boleh baring , bangun je muntah.badan firdaus deman."Tetiba aku sedih mendengar suara sayu Firdaus dihujung talian. Kalau aku superman memang aku dah terbang masa tu gak ambik Firdaus dari rumah pengasuh bawak dia pegi klinik.
"adik tunggu mak balik ye .Lepas kerja mak bawak adik pegi klinik."
"okey."
Telefon bertukar tangan
"Ana, pakaikan Firdaus baju yang elok sikit ye nanti lepas kerja akak nak bawak dia pergi klinik."
"bila tu kak?" soal Ana inginkan kepastian
"macamlah aku tahu aku sampai pukul berapa,"aku ngumpat dalam hati.
"akak balik macam biasa jelah. Dia tak teruk sangat ."Ana bercakap dengan nada bersungguh-sungguh
"okeylah Na, Assalamulaikum."
Aku menamatkan perbualan setelah salam dijawab
Salah satu habit manusia, suka sangat nak buat sesi soal jawab kepada diri sendiri .
Lepas Maghrib kitaorang pergi klinik naik motor. Masa atas motor sempat aku curi pandang muka suami. Jelas sekali raut wajahnya keletihan membawa beban yang beratnya hurmmm korang tekalah????? ciankan suami aku.Nasiblahhh.
IPU dah turun baru teringat nak pakai penutup mulut
Wajah ceria Nazim Othman
udahlah tu dik, berapa lama adik nak duk kat situ
Aktiviti wajib
Nazim dah besar , tak sesuai nak main kat situ
Sampai rumah terus makan ayam bob.
Pesanan khidmat masyarakat ; Bila baby kita deman ngan muntah kalau boleh cairkan sedikit susu baby masa dibancuh . Bagi kanak-kanak yang dah besar boleh bagi makan roti cicah milo kosong sebelum makan ubat.
Ubat deman ngan muntah ni melambak dijual kat pasaraya berdekatan korang. Makcik suka Rocky perasa strawberry dan coklat
Sebelum tidur , Nazim Othman tengok cd sambil kunyah ubat demamMak pun suka ubat deman tu, tedap
Date : 26 June 2013, Rabu
Lokasi : JMC Specialist Medical Centre
Peristiwa : Firdaus Muntah Demam
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .