Keadaan berjerebu dan berhabuk yang melanda selangor dan beberapa negeri yang lain telah memaksa aku sekeluarga menghadkan seketika segala aktiviti outdoor. Hujung minggu aku banyak dihabiskan dengan memasak untuk keluarga , melayan keranah anak-anak dan suami dan mengemas rumah . Bab mengemas rumah aku fail. Kasihannya aku? Bila tengok hiasan rumah orang cantik dan tersusun rapi air liur terus meleleh dibuatnya.
Kata jerebu , berhabuk bagai , no more aktiviti outdoor jadi sabtu hari tu aku masak mengunakan bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk. Bila cuaca jerebu macam sekarang ni tekak tak berapa lalu nak makan . Buntu , tak tahu nak masak apa? Nasib baiklah bab makan suami aku tak cerewet. Apa yang aku masak dia makan je . Yang paling penting masakan aku tidak terlalu masin dan dalam menu masakan mesti ada satu menu masakan berkuah.
menu masakan berkuah- kuah dhal
Bahan-bahan untuk masak kuah dhal
1)aku guna 250 grams kacang dhal-kalau nak cepat kacang dhal tu empuk, rendam dulu semalaman,
2)1 labu bawang besar kuning-potong dadu
3)1 batang carrot-dipotong dadu
4)terung bulat potong baji dan dibelah dua
5)sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
6)3 tangkai cili kering- dikerat ikut suka
7)sedikit daun kari
8)3 biji bawang putih dengan 1/2 inci halia -dikisar kering
9)garam secukup rasa
Cara -cara masak kuah dhal
Cuci kacang dhal, rebus kacang dhal hingga empuk .Jangan lupa masukkan sedikit serbuk kunyit semasa merebus. Biar kacang dhal agak empuk.Bila dah empuk masukkan carrot diikuti dengan terung. Biar sayur agak empuk. Banyaknya kuah bergantung pada selera masing-masing. Masukkan garam dan seimbangkan rasa. tutup api dan ketepikan.
Dalam kuali lain , tumis rempah campur , bawang besar dadu, cili kering , daun kari dan bawang putih + halia yang sudah dikisar tadi. Masa menumis , kecikkan sedikit api. Tumis hingga naik bau, kemudian tuangkan semua bahan tumis kedalam kuah dhal tadi.Sedia untuk dihidang.
menu masakan kering-ayam goreng cili api plus cili masak
menu masakan kering - ikan bilis goreng cili api
Tarikh : 22 June 2013, Jumaat
Lokasi: Rumah sendiri*************************************
Hari minggu hari tu aku dengan yuyi meloloskan diri meredah jerebu ke kedai Acheh berhampiran dengan rumah untuk membeli barang basah dan barang keperluan dapur. Mencabar sungguh jerebu kali ni, jarak penglihatan kurang dan mata terasa pedih semacam . Tapi tak pe janji aku dapat membeli barang basah dan keperluan dapur. Saya karam singh walia melaporkan keadaan jerebu yang semakin kritikal dikampung sg pinang, selangor.
Sambal sotong
sup bayam
sawi batang puting goreng sos tiram dan bawang putih
2 ,3 hari ni Firdaus sakit gigi, rupanya sebatang gigi dia belah atas dah bergoyang . Biasanya gigi dia bergoyang akan tanggal dengan sendirinya tapi kali ni macam liat sikit pulak nak tanggal. Giginya bertambah sakit bila dia mengunyah makanan yang keras-keras.Petang semalam masa aku ambik firdaus pengasuhnya pun bagitahu aku yang firdaus hanya makan sup bayam, ayam sambal dia tak boleh makan sebab sakit gigi. Makanya subuh tadi lepas menyelesaikan tugasan membilas kain aku gorengkan sayur firdaus untuk bawa ke rumah pengasuh.Selain dari sayur goreng aku bekalkan dia bihun telur goreng baki makanan malam,nasi lemak telur yang aku beli dari makcik besa dan sebotol air masak.Kat rumah aku tak de penapis air , semua orang minum air masak. Tak mampu nak beli penapis air pun : ) .
Tarikh : 25/6/2013, Selasa
Peristiwa : juadah untuk Firdaus