Wednesday, 5 June 2013

Adik nak pergi Genting Highland ; ni bukan jalan-jalan cuti sekolah .................

Hari Jumaat sehari sebelum Harijadi Agung, adik call akak minta izin nak pergi Genting highland dengan kengkawan sekerja lelaki.Akak tak cakap apa-apa, dia suruh adik minta izin dengan mak. Adik pun  terus call mak minta izin , mak tak melarang adik pergi cuma mak cakap walau berbelas-belas tahun pun berkawan belum tentu dapat mengenali hati budi kawan inikan pulak baru kenal dalam masa 3 minggu.Bila adik sampai je rumah  sekali lagi adik minta izin dengan akak  nak ke Genting Highland tapi akak bagi  ayat  sama macam yang mak cakapkan  tu. Dan selepas berfikir sedalam-dalamnya ,  adik memutuskan untuk membatalkan pemergiannya ke Genting Highland.

Akak yang sedang demam selsema  cuba nak merealisasikan impian adik untuk  ke Genting Highland sehingga akak terlupa yang hari sabtu tu jatuh hari cuti umum dan juge terlupa  dia sedang dilanda selsema teramat amat amat amat amat teruk . Lihatlah ye tuan-tuan  dan puan-puan , kami meredah kesesakan lalu lintas selama lebih kurang dua jam dan terpaksa beratur   lama untuk menunggu giliran bermain di dalam taman tema. Mak tak pernah melalui pengalaman sescary ni tapi demi impian adik yang dah besar panjang dan adik darjah dua  ombak dan badai kami tempuh bersama.

bendera BN yang masih  belum dicabut di batu caves
saksikanlah sendiri tuan-tuan dan puan-puan kesesakan lalu lintas di lebuhraya karak

Kami sampai Genting Highland lebih kurang pukul 3 petang
Permandangan Genting Highland di petang hari

Kami singgah di Nyonya colors untuk mengalas perut sebelum ke taman tema
Adik darjah dua yang tak sabar nak masu ke taman tema
Memandangkan tekak ni loya dan rasa mual semacam jadi mak orderlah laksa penang.
kami semua minum minuman panas
adik darjah dua dengan nasi tak dapat dipisahkan
akak demam selsema dah terlebih ambik sudu dan garpu
adik yang dah besar panjang  happy bila impian nak ke Genting Highland akhirnya tertunai.
Adik darjah dua berdebar-debar  bila berada  ditempat tinggi.poyo gayatlah tu kononnya
akak demam selsema maintain je hinggus kat hidung
Space shoot -ada berani
kabus di Genting Highland

"mak ,boleh tak saya main roller coaster?    apaaaaaaaaaaaaaaaa.
anggerik ke????

Kawasan sekitar genting highland


Sukanya dia dapat naik train paddle pop.Tak sangka aku yang dah tua ganyut ni boleh melayan train paddle pop.kha kha kha
ni  sorang lagi orang  tua ganyut duk melayan train paddle pop
paddle pop


buaya pelastik
paddle pop lagi
Adik sanggup beratur panjang demi memenuhi hasrat hatinya untuk menaiki flying coaster, salah satu sukan ekstrem di Genting Highland
Adik semakin teruja bila gilirannya  untuk menaiki flying coaster semakin hampir
Adik di dalam  anak panah yang berwarna putih
Adik sedang mendarat dari flying coaster
Sebelum meninggalkan kota keriangan Genting Highland kami mengalas perut di food court.Aku main agak je tempat makan ni  food court
mak dengan ikan tak dapat dipisahkan
Dah jadi trend bila nak photoshoot mesti ada props. Basikal tua pun boleh buat props
akak deman selsema telebih muncung





Tarikh : 1 June 2013, Sabtu
Lokasi :Nyonya Colors, First World Plaza, Genting Highland
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .