Sementara menunggu filem Bikers kental bermula, sempatlah juga kitaorang menghabiskan sekitar 2-3 jam bermain bowling di Sunway Mega Lanes bowling centre. Sebenarnya aku nak story satu kisah benar , okey korang janji jangan ketawa dengan kisah ni...... korang tahu tak??? kali pertama dan terakhir aku main bowling ialah pada tahun 1988 manakala bagi yuyi dengan Firduas ini merupakan pengalaman kali pertama main bowling. Apa tunggu lagi , bola bowling dah ditangan.........Manafaatkanlah masa yang ada sebaik mungkin ye dak..............
Pemain bowling amatur sedang menunggu giliran...haktuiiiii
yeah!! yeah!!! itu dia balingan strike kemudiannya terus menjurus ke longkang .Tak pelah janji tak melantun ke lane lane
yeah!! yeah!!! itu dia bakal pemain bowling negara sedang memberi tunjur ajar kepada pemain-pemain bowling amatur.Ini lebih kepada ketam mengajar anak berjalan betul.
Bakal pemain bowling negara-pelan pelan kayuh
Ini bukan Zanda Aziela pemain bowling negara
Gaya seorang pemain bowling amatur selepas membuat satu balingan yang menghasilkan strike.yeah yeah yeah
Yuyi suka beli tiket wayang secara online. Selalunya dia beli tiket online MBO harbour place atau tiket online TGV Jaya Jusco Bukit Tinggi .Tapi memandangkan pada hari ahad tu MBO offline dan dia pulak ada terdengar ura -ura yang Aaron Aziz dan beberapa artis nak datang ke Jaya Jusco Bukit Tinggi untuk memeriahkan ulang tahun pertama mustika HD astro maka terpaksalah dia membeli tiket wayang TGV online Sunway Pyramid demi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan melancarkan pergerakkan.
muka blur?????????????
Abang next week kita tengok cerita ni ye........
Gaya seorang bikers kental???????????????.Salute , seat kat TGV Sunway Pyramid tersangatlah empuk
Date : 26 May 2013, Ahad
Lokasi : Sunway Mega Lanes, TGV Sunway Pyramid
Peristiwa: Jalan-jalan cuti sekolah
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .