Tak kenal maka tak cinta , itu
pepatah yang boleh aku ungkapkan selepas pertama kali melihat lakonan
Tasha Shilla dalam Samarinda terbaru Epilog Cinta Khirana. Ekceli
samarinda ni diadaptasi dari novel mencari jalan ke syurga penulis
Hasliza Ismail , mungkin mencari jalan ke syurga tak berapa sesuai dijadi tajuk cerita untuk mengisi slot
samarinda itu sebabnya ditukar tajuk kepada Epilog Cinta Khirana tapi kalau cerita tu untuk mengisi slot zehra mungkin tajuk asal novel akan dikekalkan kot. Sikit punya tinggi
imiginasi aku ni. Kalau tak silap aku samarinda ni bermula pada 28 May
2013 bersiaran selama sejam dari pukul 10-11malam setiap selasa hingga
khamis. Tanjat, macam mana aku boleh ingat tarikh dan waktu siaran
samarinda ni . Suami pun tanjat , awal pagi lagi dia tanya apa cerita
yang buat aku ralit depan tv malam tadi . Macam manalah dia tak tanjat, selama ni
dia konker remote control tv dengan tv, alih alih malam tadi aku pulak
minta izin nak konker tv dengan remote tv sekali dalam sejam dari
pukul 10 sampai 11. Wajib mention Remote control sekali, bukan apa
ditakuti tengah aku syok melayan epilog cinta khirana ada pulak tangan
gatal lain yang akan menukar chanel setiap kali waktu siaran iklan .
Makcik tempe agak marah dengan tindakan tangan yang bertanggungjawab
itu. : )
Tasha Shilla
Nazim Othman
Sinopsis Epilog Cinta Khirana
Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya telah meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari koma, dia telah hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan bekerja di sebuah butik.
Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk menyakiti hati Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan sikapnya yang sebenar.
Justeru, Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya mahu menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel.
Pada masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila dia bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu.
Suatu hari, Khirana telah menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut. Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu. Kadang-kala dia muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah menyelamatkan dia.
Khirana mula merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya yang mengundang pelbagai persoalan. Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna untuk menceritakan kisah silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul Ariffin yang pernah disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja telah membuka kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya. Khirana merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang, malah dia juga seorang pemabuk dan penggoda. Yang paling mengejutkannya, Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas. Sejauh mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.
Shahrul Azwan mempersoalkan adiknya, Sharqir Ikhwan tentang wang syarikat yang lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab. Sharqir Ikhwan tegas menafikannya. Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan Shahrul Azwan agar tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan mengaku telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu. Shahrul Azwan sudah mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan adiknya sendiri.
Khirana bersemuka dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan persoalan di antara mereka. Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia memang mengenali arwah abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan tersebut selagi ingatannya tidak kembali. Shahrul Azwan ingin bersikap adil. Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat penyakitnya sehingga pulih. Khirana tidak ada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran akhirnya akan terbongkar?
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .