Arghhh geram,dah berapa kali aku dok bagi hint, dia buat dek je."Awak tahu tak hari ni hari apa?"Aku tanya suami minta kepastian.
"entah, mana saya tahu," jawab suami acuh tak acuh.
Aku mengigit bibir menahan geram. "Kenapa susah benar suami aku hendak mengingati tarikh lahir aku?"Aku kata dalam hati. "betul ni? awak tak tahu hari ni hari apa?" Aku tak puas hati aku tanya lagi.
"hari ni harijadi awak ke?baik awak cakap.Kalau hari ni harijadi awak boleh saya ucapkan selamat hari jadi." Kata-kata itu disusuli dengan gelak tawa yang berdekah-dekah.
"hurmmm ye, hari ni hari jadi saya,"jawab aku mendatar.
"alah ciannya, mana saya tahu hari ni harijadi awak, pujuk suami seraya menarik aku ke dalam pelukannya."Selamat hari jadi ye, semoga awak panjang umur dan dimurahkan rezeki."
Sepanjang hari aku senyum sampai ke telinga.Patutkah aku marah dan kecil hati pada suami bila dia tidak mengingati tarikh lahir aku sedangkan kami berdua sama sahaja dua kali lima . Tak payahlah pelik dengan kami,kami mungkin salah satu pasangan di dunia yang tidak mengingati tarikh lahir pasangan selainnya kami juga seperti pasangan lain .
Tinggalkan kisah 12/3/2013, mari kita kembali kembali ke masa kini, 10hb petang jumaat, lepas balik kerja ,suami bawak aku dengan Firdaus makan kat luar
Lai chee kang
Lai chee kang lagi
Jarang bertukar menu ; Setiap kali kami makan kat kedai seafood org melayu kami mesti order tomyam seafood tambah lauk,kailan goreng ikan masin atau bawang putih tak pun kangkung goreng belacan.
Jarang bertukar menu, Firdaus dah tentu makan nasi goreng cina dengan ayam goreng kunyit
Kailan goreng bawang putih yang diekspresikan dalam bentuk kailan goreng bawang besar : )
bukti kailan ni digoreng dengan bawang besar : ) "yang,doang tak pandai goreng kailan ngan bawang putih ke?" Bersunguh-sungguh suami bertanya." Aku jawab,"orang melayu jarang goreng sayur guna bawang putih."
Bersebelahan tempat kami makan ada kedai kek. Lepas makan Firdaus ajak aku singgah kedai kek
Sejurus selepas balik dari sekolah Firdaus unjukkan sekeping kad happy mothers day kat aku . Aku tanya dia "kad ni untuk siapa?" "entah, tak tahu saper punya,"kata Firdaus sambil gelak-gelak.
"Mak , ni kek untuk hari ibu tapi boleh tak Firdaus suruh ayah yang makan dulu kek ni?" Aku menahan geram.
Sekadar luahan hati
Cubalah bermusabah diri, Jangan fikir diri tu dah cukup bagus duduk kat dunia pinjaman Allah SWT ni. Dengan sabun serbuk top pakaian saya menjadi berseh dan sentiasa harum. Gunakanlah sabun serbuk top top dan kita mesti top. Bak kata orang tua, kencing masih bercabang 40 jangan nak tunjuk pandai.
Tarikh : 10 May 2013
Lokasi : Abu Tomyam, Klang
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan malam
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .