Bila honeydew dah tak berapa manis jadi kuranglah orang nak makan. Bila kurang orang nak makan, kenalah aku cari jalan untuk menarik minat orang nak makan . Jalannya bukan jalan bertar mahupun jalan bersimen , Jalannya ialah dengan membuat jus honeydew.kah kah kah
Baki honeydew yang tinggal, yang lain semua aku buat jus
Kisar honeydew yang sudah dibuang kulit dan biji
Sila abaikan dapur ku yang berselerak, beri fokus kepada senyuman anakku yang manis menawan.
Susu ideal memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan jus honeydew terbaek dari ladang
Cara menyediakannya
1)Masukkan 4 sudu susu ideal ke dalam bekas yang berisi jus honeydew-kacau sekata
2)Tambah air gula(gula pasir yang dimasak dengan air)-ikut suka kalau nak manis bubuh lebih
3)Nak extra sejuk tambah ais batu
Tengah-tengah panas macam ni nampak ais, sejuk je rasa tekak terus hilang dahaga
Adik, masa ibu ambik gambar jangan pandang macam tu boleh tak?. spoil je tau adik ni : )
Habis manis sepah dibuang. Jangan tak tahu, sepah tulah yang berguna boleh buat masker muka, kumpulan sepah pulak boleh buat lawak.Jangan pandang remeh terung kecil ni....ia memiliki tekstur yang lembut dengan rasa manis.Goreng dengan udang kering pun sodap
Bahan-bahannya
1)Lebih kurang 12 biji terung bulat size kecil-dibelah dua , dibasuh,dibelah dua dan digaul dengan sedikit garam
2)5 tangkai cili kering dikisar bersama 3 biji bawang merah
3) 4 ulas bawang putih-dicincang
4)lebih kurang 1/2 genggam udang kering -dibasuh dan dituskan air kemudian dikisar sederhana halus
5) 1 sudu besar sos tiram
6)1 sudu kecil gula
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak, deep fry terung tu
2)Angkat dan susun dalam pinggan sesuai
3)Tumis bawang putih cincang sehingga naik bau dan agak garing-guna api sederhana
4)tumis cili kisar sehingga pecah minyak
5)Masukkan sos tiram diikuti dengan gula-tumis sekejap
6)Tambah sedikit air kacau dalam 2-3 minit
7)Tutup api, angkat dan curah kuah di atas terung tadi
Syukur Alhamdulillah separuh ikan pari ni pemberian kawan suami,separuh pun separuh janji fresh , rezeki jangan ditolak ye dak .Semenjak dua menjak ni suami aku sibuk kerja sampaikan tak de masa nak pergi memancing .
Ingatkan nak masak asam tumis ikan pari tapi jemu pulak asyik lauk asam tumis je.Fikir punya fikir...akhirnya ikan pari tu aku masak sambal.
Abaikan seketul ikan pari yang tak bersalut sambal itu.
Sekali sekala makan nasi dengan sambal ikan pari layan gak .Resepi sambal ikan pari aku ni simple je macam sambal ikan yang lain gak.
Tarikh : Malam 17 May 2013 , Petang jumaat& 18 May 2013, Sabtu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiawa : Menu makan tengahari
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .