Keesokan harinya , aku mengambil keputusan untuk ke klinik gigi yang biasa aku kunjungi iaitu klinik gigi Pelabuhan Kelang . Kebetulan pulak masa tu yuyi berada kat rumah, bolehlah aku minta dia tolong bawakan aku ke klinik gigi. Pada hari yang sama pulak dia dengan gula hack memang nak cuci gigi kat klinik gigi yang biasa dia kunjungi kat area Kelang . Dah alang -alang dia hantar aku ke klinik gigi why not dia dengan gula-gula hacks cuci gigi sekali kat situ.*amboi kemain makcik tempe omputih gitu*
Selepas aku siap mengregister apa yang patut,datang pembantu doktor perempuan berwajah dingin bertanya kepada yuyi
Pembantu doktor : ni nak cabut atau nak cuci gigi? nak cuci kena tunggu lama sikit.
Yuyi : saya nak cuci gigi .Agak-agak berapa lama boleh siap.
Pembantu doktor(intonasi suara dingin) : lama jugaklah, kenapa ? ada nak plan ke mana-mana ke?
Aku mencelah : rasanya boleh siap sebelum pukul satu tak? doktor kat sini mungkin tak perlu ambik masa yang lama untuk cuci gigi anak makcik ni sebab dia kerap lakukan pemeriksaan ke doktor gigi setiap 6 bulan sekali secara rutin.
Pembantu doktor (intonasi suara tegas) :kos cuci gigi setiap klinik berbeza...kat sini costnya lebih kurang RM100ke atas
Yuyi : Okeylah dik, terima kasih.
Saat itu dapat kulihat air muka yuyi berubah
Dia bagitahu aku yang dia dengan gula-gula hack nak cuci gigi kat klinik gigi Fernandez bersebelahan dengan klinik gigi yang aku nak cabut gigi ni.Dalam sejam lepas tu dia dengan gula-gula hacks datang jumpa aku.Mereka dah siap pun cuci gigi kat Klinik gigi bersebelahan, cuma tinggal tunggu giliran aku cabut gigi.je.
Masa tengah tunggu giliran cabut gigi, yuyi meluahkan perasaan,dia bagitahu aku yang dia tersangatlah marah pada pembantu doktor perempuan tadi. Pada yuyi perbuatan budak perempuan tu tak beradab. Dia tak paham kenapa budak perempuan tu nak mention pasal cost. Dia ingat kita tak mampu nak bayar ke? Tegasnya lagi , pasal duit jangan bangsatlah.Aku kenal yuyi, pada dia duit adalah dalam senarai isu sensitif.Jangan berkira pasal duit dengan keluarga , adik beradik dan sahabat handai. "DUIT TAK BOLEH BAWAK MASUK KUBUR,"kata yuyi.
Alahai manjanya anak jantan sorang ni..
Alah anak jantan aku main sorok-sorok............
Setelah semua urusan dental treatment selesai, kami ke Thai salam untuk mendinginkan suasana yang tengah panas.
Saya di Thai Salam Harbour Place
Nasi goreng cina forever
Baru cabut gigi dah tentulah kena teguk air batu sesaje
Tomyam seafood Thai Salam yang sentiasa dihati
Nasi goreng seafood
Gula-gula hacks order nasi putih dengan daging black pepper
Sotong goreng tepung versi Cheezel.hurmmmmmmmmm
hot plate beancurd
Ayam mangonya sedap
Tarikh : 22 April 2013, Isnin
Lokasi : Klinik gigi Pelabuhan Kelang, Thai Salam, Harbour Place
Peristiwa : Dental Treatment, Jalan -jalan cari makan