Bahan-bahan untuk membuat asam tumis & asam pedas ikan kembung pelaling
1)lebih kurang 7 ekor ikan kembung pelaling disiang dan dibersehkan kemudian digaram kunyit
2)2 batang terung panjang bersize sedang-buang kulit terung berselang seli kemudian belah terung kepada 4 bahagian
3)setangkai daun kari
4)air asam jawa -dari bancuhan 500 ml air dengan 1/2 genggam asam jawa
5)15 tangkai cili kering -(Rendam cili kering dengan air panas )kemudian kisar cili bersama dengan 1cm belacan, 4 ulas bawang merah, 1 cm halia dan 3 ulas bawang putih.
7 ekor kembung pelaling yang telah digaram kunyit
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumiskan daun kari
2)Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak-guna api sederhana
3)Masukkan air asam jawa-biar kuah agak mendidih
4)Masukkan terung-biarkan terung separuh empuk
5)Masukkan ikan kembung pelaling-kacau dan biar masak sekejap
6)Perasakan kuah dengan garam secukupnya dan secubit serbuk perasa
Bla terung dah separuh masak ,masukkan ikan kembung pelaling.
Asam tumis ikan kembung pelaling
Bahan perapan ayam goreng terdiri dari gabungan rempah kering yang mengandungi campuran serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih serta bawang putih dan halia kisar , ianya menjadikan ayam goreng rasanya sedap dan beraroma!! Sebaiknya simpan serbuk jintan manis dan jintan putih dalam peti ais untuk mengekalkan kesegarannya .
Ayam separuh bahagian dibersehkan dan digaram kunyit. Gaul ayam bersama dengan kisaran 4 cm halia, 6 ulas bawang putih , sesudu besar jintan manis dan jintan putih dan secubit serbuk perasa.Perap selama 30 minit. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
Kanak-kanak amat mengemari ayam goreng yang sedap dan beraroma , lagilah bila ayam goreng ni dimakan bersama nasi panas yang digaul dengan sedikit kicap.hurmmmmmmmmm tedapnya mak!!!!
Kenapa dik buat muka macam tu?????????
Makin gebus jejari anak ku ni..............
hurmmmm berselaranya dia makan bila ada ayam goreng
Sekadar luahan hati
Mulai sekarang aku harus bertekad untuk merajinkan diri mengupdate blog demi memastikan gambar yang aku telah draftkan dipublish dengan kadar segera: )
Tarikh : 2 May 2013, Khamis
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa Juadah makan malam
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .