Berbalik pada tajuk entry ; hari sabtu baru-baru ni Firdaus sekolah ganti sempena cuti chinese new year yang lepas.Jadi aku tak ke mana-mana pada hari tu. Pagi tu aku mengemas rumah ala kadar dan tengahari pulak sebelum Firdaus balik dari sekolah aku masak juadah untuk makan tengahari. Pada waktu malamnya pulak yuyi dengan gula-gula datang tidur rumah. Selepas menikmati juadah makan malam dan siap mengemas apa yang patut, masing -masing masuk ke dalam bilik berehat.
Cili api merah ni dah menjadi kegemaran semua buat masa sekarang
Sup suhun , fucuk dan kentang
Telur masin
Entah apa motip aku , kedua-dua juadah makan tengahari aku dari spesis telur : (
Sardin dalam tin cap ayam(size besar)Asingkan ikan sardin dengan sos.Gorengkan ikan sardin terlebih dahulu.
Asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dengan air
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah kisar hingga naik bau.Guna api sederhana
Selepas bawang merah kisar tadi menjadi garing, bolehlah dimasukkan cili api kisar , tumis hingga pecah minyak.Selepas tu masukkan perahan asam jawa diikuti dengan sos /kuah sardin tadi. Biar sos/kuah mendidih dan sedikit pekat.Setelah mendidih masukkan ikan sardin yang telah digoreng . Kacau secara perlahan supaya ikan tadi tak pecah. Sebelum diangkat perasakan dengan sesudu kecil gula, garam dan secubit serbuk perasa .(Amaran!!!! jangan terlebih gula dan serbuk perasa dalam apa saje menu ikan sardin dalam tin)
Sardin pedas kebabom
Tarikh : 27 April 2013,Sabtu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan malam
*************************
Mula -mula kita keluarkan pen dan kertas, kepada sesiapa yang mempunyai Smartphone, Iphone atau Ipad tu keluarkan cepat, sila salin resepi yang tak boleh dibanggakan sangat ni.hurmmmmmmmmm
telor ayam dua biji
1)Segenggam ikan bilis dibasuh dan dikisar sederhana halus2)Cili api merah dikisar halus (jumlah ikut suka masing-masing)
3)7-8 biji bawang merah dihiris dan dikisar sederhana halus
Nasi sejuk atau nasi baki malam tadi digaul dengan sedikit garam
Selepas bawang merah kisar tadi menjadi garing, bolehlah dimasukkan cili api kisar diikuti dengan ikan bilis kisar.Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk dan tuang terus ke dalam kuali .Masak telur hingga sedikit garing. Akhir sekali masukkan nasi dan goreng hingga nasi masak dan mengeluarkan aroma wangi bawang, cili api dan ikan bilis .Sebelum diangkat perasakan dengan secubit serbuk perasa.*wah wah poyo ko disitu*
Don't judge my nasi goreng by its rupa, rasa dulu baru tahu berapa banyak cili api yang aku letak ke dalamnya.
Sekadar nasihat dan renungan bersama
Jangan kerana berlainan atau berbeza fahaman politik, kita sesama bangsa melayu dan agama Islam bersengketa dan berpecah belah
Tarikh : 30 April 2013,Selasa
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan malam
SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SEMUA PEKERJA DI MALAYSIA
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .