Showing posts with label Plaza Alam Central. Show all posts
Showing posts with label Plaza Alam Central. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

Persiapan Raya 2013 paling sederhana ; Datin Sally perlukan ketenangan.............

Masa aku tengah  hazab menahan sakit peot nilah  dia sibuk nak tanya soalan yang bukan-bukan. . Pakkal  suami, kalau orang lain dah lama aku hempuk. Susah sangat ke nak paham orang  peot?Kalau tak faham ,duduk je diam diam di situ . Itu satu hal , yang satu hal lagi aku benggang, tadi masa nak turun  pantry   makan ubat tahan sakit  ada seseorang  mengekori aku dari arah belakang. Pucat juga aku masa tu. Sebaik saje aku tolak pintu pantry   , seseorang   tadi ikut masuk sekali dan  menonong  bukak  pintu peti ais. Motip  orang jantan bukak peti ais dalam bulan posa?&$*. Ekceli aku  tak pedulik pun depa nak  bukak peti ais dalam bulan posa ni cuma aku  tak berapa nak  berkenan dengan orang jantan yang  suka menyibuk hal orang betina. Ikutkan hati mahu je  aku sepak budak tu masuk dalam peti ais.  

Tinggalkan sekejap cite pasal peot ye. Minggus lepas  hari jumaat yuyi  bawak aku  cari baju  raya ,stok stok datin Sally  kat Optimo dan Peace collection  Alam Sentral je..  bila vip, vvip dato dan tans sri   sakit perut masuk toilet gak  jadi takde hal lah  kalau datin sally nak shopping di kedai baju besa-besa   yang tumbuh macam cendawan  tumbuh selepas hujan kat Alam sentral ni.



Raya tahun ni adik dengan abang pasti nampak bergaya macam Aaron Aziz : )
Datin Sally ada bagitahu yuyi  yang datin  hanya pakai tudung yang rega bawah RM30.Kebetulan  masa Yuyi  pergi JAKEL beli baju melayu untuk gula-gula hacks dengan Firdaus dia ternampak  Ariani   tengah sales jadi dia belikan  aku  sekali 3 helai tudung Ariani.
Abaikan peta Australia  dibelakang tu, sila fokus kepada Model Ariani saje
tauke peace collection tengah kira untung rugi syarikat

Abaikan yang lain , sila fokus kepada  model peace collection

gula-gula hack, abaikan kepala firdaus tu

baju raya datin sally cum baju kerja.ko mampu ke?






Persiapan Hari Raya  salah satunya gunting rambut
Kedai gunting rambut area rumah yuyi.Gula-gula serasi  gunting rambut kat sini.











Tarikh : 26 July 2013 & 27 July 2013 Jumaat&Sabtu
Lokasi : Malaysia
Peristiwa : shopping, gunting rambut







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 9 December 2012

Koleksi baju kurung dan kebaya ; harga berpatutan dan berkualiti harus dikongsi ye dak?

 Mood nak berblog sedikit kelam selepas aku menukar URL .  Adakah URL ni tak serasi dengan diri aku  lantas membuatkan  mood aku nak berblog semakin kelam? Arghhh  seriously aku tak pernah percaya bahawa  "serasi" dan "tak serasi"  itu berhubung kait dalam  kehidupan harian seseorang.Ikut logik akal aku semuanya bergantung pada hati serta keizinan Allah SWT.Mungkin kebelakangan ni aku jarang  update blog sebab kengkangan masa. InsyaAllah selepas ni aku akan cuba mencuri sedikit masa dan ruang untuk mencatat sesuatu di sini.

Okey la, berbalik pada tajuk entry ; Petang semlam  aku meluangkan sedikit masa membeli belah  bersama anak -anak  di pusat mebeli belah Plaza Alam Central. Tujuan asal kitaorang nak pergi ke Dewi Sri Spa, tapi  tak jadi memandangkan si Mega  therapist pilihan siyuyi  sakit dibahagian tangan.Apa lagi bila kaki dah menjejak ke Plaza Alam Central  maka  mulalah  rambang mata melihat pakaian -pakaian di situ. Kebetulan pulak yuyi memang nak mencari pakaian untuk dipakai ke majlis  high tea dan dinner bersempena dengan majlis perkahwinan  adik ipar aku. Entah macam mana tah selepas keluar dari Dewi Sri Spa Yuyi boleh ajak aku  masuk ke sebuah kedai pakaian dan aku perhatikan dia terus seronok memilih baju dengan dibantu oleh jurujual warga Indon.  Hasilnya dapatlah dia membeli sepasang kebaya mahsuri dan sepasang baju kurung moden dan aku pulak sempat merembat sepasang baju kurung.Masing-masing keluar dari kedai tu dengan hati berbunga-bunga ~~Sekianlah saje aku melaporkan dari Siti Mariam Fashion House Plaza Alam Central~~

Baju kurung moden yang menjadi pilihan yuyi  .Motip Firdaus bergambar macam tu?
Semua pakaian yang dijual  semuanya dijahit di situ dan dorang  juge ada menerima tempahan jahit baju.*Ini Bukan iklan berbayar*
 yeah itu dia  jurujual cum tukang jahit yang banyak membantu kitaorang  memilih pakaian yang sesuai 
 Cak!!!!  teka siapa saya?

Bukan model  baju kurung dan kebaya  Siti Mariam Fashion House

Jumpa lagi, doakan mood aku  nak update berblog mari . 





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .