Wednesday, 9 October 2013

Bubur nasi & ikan yang mudah disediakan dan sedap ; menu orang sakit

Entah kenapa setiap kali anak  sakit aku rasa down giler-giler, hilang fokus pada kerja, cakap dan segala-galanya .Badan kat tempat  kerja hati tertinggal kat  rumah . Termasuk hari ni dah 3  hari Firdaus tak berapa sihat .Sejak dia tak berapa sihat ni  aku tak  tidur lena mana taknya   setiap  dua atau tiga jam sekali aku bangun  merasa suhu  ketiak dia  dan setiap 6 jam sekali aku  kejutkan dia makan ubat...bak kata yuyi lagak aku dah macam jururawat hospital. Aku cakap kat yuyi "bila kau dah jadi ibu nanti kau tahulah perasaan seorang ibu". Setiap ibu  sentiasa berdoa  biarlah semua penyakit anaknya  dia yang tanggung.

Berbalik pada menu orang sakit;  Dua hari lepas aku ada masakkan Firdaus  bubur nasi campur ikan dan  bayam goreng .

Kat rumah ni bila  buat bubur nasi  tak sah kalau tak goreng sayur. Kali ni aku goreng bayam, simple je, aku goreng bayam  dengan ikan bilis dan bawang putih cincang.
 Asingkan isi ikan jenahak dari tulangnya.Lebihan tulang ikan jangan dibuang ia  boleh dimasukkan  ke dalam air rebusan beras
Bahan-bahannya
1)2 cawan beras
2)Dua keping isi ikan, (aku guna ikan jenahak)
3)Isi ikan dipotong sederhana kecil dan digaul bersama  sedikit kicap cair
4)2 cm halia dihiris
5)4 ulas bawang merah dihiris halus
Kicap cair sebagai penganti garam

Cara menyediakannya
1)Basuh beras dan rebus sehingga ia kembang
2)Setelah beras setengah kembang masukkan  lebihan kulit dan tulang ikan jenahak.
3)Bila beras dah cukup kembang, tutup api dan ketepikan nasi yang telah menjadi bubur.
4)Dalam kuali lain,  panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang merah dikuti dengan hirisan halia.Tumis sehingga naik baunya.
5)Bila bahan tumisan  dah naik bau, angkat bahan tumisan tadi dan tuangkan ke dalam bubur nasi .
 
Bubur nasi & ikan yang telah siap sedia untuk dihidang
Bubur nasi & ikan memang sesuai untuk orang sakit
Suami aku tak bagi  letak garam  dalam bubur nasi, selalunya setiap kali makan bubur nasi  kitaorang  letak sedikit kicap cair sebagai mengganti garam.

Muka orang tak sihat








Tarikh : 7 Oktober 2013, Isnin
 Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah orang sakit






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .