Showing posts with label menu orang tak sihat. Show all posts
Showing posts with label menu orang tak sihat. Show all posts

Wednesday, 9 October 2013

Bubur nasi & ikan yang mudah disediakan dan sedap ; menu orang sakit

Entah kenapa setiap kali anak  sakit aku rasa down giler-giler, hilang fokus pada kerja, cakap dan segala-galanya .Badan kat tempat  kerja hati tertinggal kat  rumah . Termasuk hari ni dah 3  hari Firdaus tak berapa sihat .Sejak dia tak berapa sihat ni  aku tak  tidur lena mana taknya   setiap  dua atau tiga jam sekali aku bangun  merasa suhu  ketiak dia  dan setiap 6 jam sekali aku  kejutkan dia makan ubat...bak kata yuyi lagak aku dah macam jururawat hospital. Aku cakap kat yuyi "bila kau dah jadi ibu nanti kau tahulah perasaan seorang ibu". Setiap ibu  sentiasa berdoa  biarlah semua penyakit anaknya  dia yang tanggung.

Berbalik pada menu orang sakit;  Dua hari lepas aku ada masakkan Firdaus  bubur nasi campur ikan dan  bayam goreng .

Kat rumah ni bila  buat bubur nasi  tak sah kalau tak goreng sayur. Kali ni aku goreng bayam, simple je, aku goreng bayam  dengan ikan bilis dan bawang putih cincang.
 Asingkan isi ikan jenahak dari tulangnya.Lebihan tulang ikan jangan dibuang ia  boleh dimasukkan  ke dalam air rebusan beras
Bahan-bahannya
1)2 cawan beras
2)Dua keping isi ikan, (aku guna ikan jenahak)
3)Isi ikan dipotong sederhana kecil dan digaul bersama  sedikit kicap cair
4)2 cm halia dihiris
5)4 ulas bawang merah dihiris halus
Kicap cair sebagai penganti garam

Cara menyediakannya
1)Basuh beras dan rebus sehingga ia kembang
2)Setelah beras setengah kembang masukkan  lebihan kulit dan tulang ikan jenahak.
3)Bila beras dah cukup kembang, tutup api dan ketepikan nasi yang telah menjadi bubur.
4)Dalam kuali lain,  panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang merah dikuti dengan hirisan halia.Tumis sehingga naik baunya.
5)Bila bahan tumisan  dah naik bau, angkat bahan tumisan tadi dan tuangkan ke dalam bubur nasi .
 
Bubur nasi & ikan yang telah siap sedia untuk dihidang
Bubur nasi & ikan memang sesuai untuk orang sakit
Suami aku tak bagi  letak garam  dalam bubur nasi, selalunya setiap kali makan bubur nasi  kitaorang  letak sedikit kicap cair sebagai mengganti garam.

Muka orang tak sihat








Tarikh : 7 Oktober 2013, Isnin
 Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah orang sakit






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 6 June 2013

Pindang ikan untuk akak demam selsema; menu untuk orang kurang sihat

akak berasa tidak sedap tekak mungkin kerana dia batuk dengan selsema teruk. Selsemanya lebih teruk selepas balik dari Genting Highland malah dia terus demam . Aku syak selsema akak ni bukan selsema biasa.kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya  dia kerap gatal-gatal pada hidung,bersen dan selsema terutama bila  makan belacan , udang  dan bila berada   di tempat-tempat berhabuk.Aku  syak akak ada sinusitis macam Nurienne anak kak Zakie . Sekarang ni aku tengah menunggu pintu hati akak terbuka untuk membuat pemeriksaan sinus.Bila aku momok -momok kan dia dengan kisah hidung kawan aku yang rompong akibat tet tet tet  tahu pulak dia menjerit ketakutan.


Oleh kerana akak tengah selsema plus batuk aku cadangkan dia makan nasi dengan kuah pindang je. Pindang tak berminyak dan rasa kuahnya agak sedikit masam amat bersesuaian dengan tekak orang yang kurang sihat.
Resepi pindang aku simple je

Bahan-bahan (untuk 5 ekor ikan selar)


Ikan selar  dibersehkan dan dibelah dua kemudian digaram kunyit

1)1 1/2 labu bawang holand-dihiris
2) 2 cm halia-hiris bulat-bulat
3)2 cm lengkuas-dihiris atau dipotong sederhana besar
4)6 ulas bawang putih-dihiris
5)lebih kurang 9 biji cili hijau-dibelah dua
6)1 cm kunyit hidup-dihiris bulat-bulat
7)10 batang kacang bendi muda
8) 1/2 genggam asam jawa dibancuh dengan lebih kurang 1 liter air
9)Asam keping-untuk menambahkan rasa masam


Cara menyediakannya

1)Tumiskan  semua bahan hiris sehingga layu dan  naik bau
2)Tumiskan cili hijau
3)Masukkan air asam jawa-biar agak mendidih
4) Masukkan bendi-biar bendi separuh empuk
5)Masukkan Ikan selar-biar masak sekejap
6)Masukkan garam,secubit serbuk perasa  dan 1/2 kecil gula-seimbangkan rasa.Jika kuah pindang  terkurang masam boleh tambah asam keping


Ikan selar masak pindang, sedapnya  makan nasi  panas yang dibubuh kuah pindang berlebihan slurppp












Tarikh : 2 Jun 2013, Ahad
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .