Sunday, 6 October 2013

Cara membuat pizza yang mudah dan sedap dengan Roti massimo germa gandum


Aku tak suka pizza  tapi bukanlah langsung tak makan pizza.Kalau aku makan pun cuma  pizza hawaiian tuna atau ayam. Dalam rumah ni yang suka makan pizza anak-anak je terutama Gula-gula hacks dengan Firdaus.Setakat Pizza size regular tu memang senanglah mereka  berdua habiskan .Pagi semalam tak de buat apa -apa saje je aku buat pizza roti ,Kebetulan pulak semalam kitaorang  nak berjalan jauh jadi  pizza ni bolehlah aku buat  bekal dalam perjalanan.

Pizza aku ni sangat mudah dan cepat penyediaannya.
 roti massimo germa gandum

Bahan-bahan doh Pizza
1)Roti massimo germa gandum
Bahan-bahan topping
1)Cheese parut
2)serbuk black pepper
3)oregano
4)Sos cili dicampur dengan sos tomato
5)Mayonis
6)hirisan Sosej(sosej direbus terlebih dahulu) -Aku guna frankfurter ayam ayamas
7)hirisan cendawan butang
8)hirisan bawang holand
Cara membuatnya
1)Sapukan roti dengan sos cili yang dicampur dengan sos tomato dan mayonis
2)Taburkan roti dengan hirisan bawang holand, cendawan butang dan hirisan sosej
3)Sebelum dibakar taburkan dengan sedikit oregano dan serbuk black pepper diikuti dengan cheese parut
4)Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 20-25 minit
Sila abaikan kaki makcik tempe . Spesis tamak, sekali bakar dua tray pizza.Syukur Alhamdulillah,licin.

Pizza yang telah siap dibakar
Pizzaku garing dan sedap.Standard arghhh.............naik lif tekan sendiri : )







Tarikh : 5 October 2013, Sabtu
Lokasi Rumah Sendiri
Peristiwa : Masak-masak









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .