Thursday, 3 October 2013

Berehat sebentar dengan kit kat ; Jangan cuak dengan Traditional Thai Massage

Sekarang ni cuaca  agak panas, kalau dah balik kerja rasa cam malas je  nak keluar rumah. Cuaca panas memang ada manafaatnya tapi tak kurangnya boleh memudaratkan kesihatan kita juga. Dikala cuaca panas badan cepat terhidrasi  jadi pastikan kita dan anak-anak  kita  minum air yang secukupnya. Galakkan anak kita minum air suam bila bangun tidur atau sebelum tidur .

Berbalik kepada tajuk kita Thai  massage ; selepas aku dengan yuyi merasa  samsara Signature    (Gabungan Thai, Bali massage diikuti dengan  urutan Tradisional Melayu dan diakhiri dengan Hawaiian loami-loami )di  Samsara spa damai laut dua bulan lepas, tibalah masanya kami merasa  Traditional thai massage pula  di Thai odyssey. Ni masuk kali kedua kami mendapatkan rawatan di sini, kali pertama aku sorang je dapat buat  rawatan , itu pun  rawatan   foot massage  je sebab fully booked  mana taknya main redah je walk-in memang la  fully  booked, the moral of the story sebelum ke sini sila booking  kalau walk- in saje  takut  fully booked.Ni yuyi booked awal sehari, kalau tak silap aku dia ambik pakej 120minit Thai Traditional Massage .

Bagi sesiapa yang ada bawa anak kecil  tu bolehlah hantar anak kita berseronok-seronok atau berjimba-jimba dulu di Kidz Sports Gym 2nd floor sementara kita berthai massage.Barulah nampak cool.
Wajah keletihan sebelum berthai massage
Hiasan dalaman Thai odyssey yang berkonsepkan more to keli (kaplamyanga) and Thai, memang pada mulanya agak menimbulkan keseramannnn pada kami bak kata yuyi ala ala sarang  dot dot tapi tak kisahlah janji urutannya dapat  mengembalikan semula  kesegaran badan.

Macam biasalah sebelum ke bilik rawatan kaki kita dicuci dulu..... 

Bilik  rawatan memang selesa dan mereka akan pasang muzik yang berunsurkan terapi ala-ala Thai.Dalam bilik urutan , masseuse akan baringkan kita dan ditutup mata kita dengan bantal yang sejuk. Satu tips untuk sesiapa yang nak try  thai massage ; Relax lembutkan badan , bila melawan nanti badan kita jadik keras tu yang jadik sakit bila masseuse  melipat-lipat dan mengurut  badan kita .Kalau badan kita relax,otot-otot kita akan rasa  lega sangat lepas dilipat  .Sedapnya rasa bila masseuse  tekan kat point-point  tertentu kebetulan plak tengah belakang aku tengah sakit, mau tak lega...........badan terus rasa cergas














Tarikh : 28 September 2013, Sabtu
 Lokasi :  Thai Odyssey, Empire Shopping Gallery
Peristiwa ; Berthai  massage





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .